Thursday 30 June 2011

Kerana nak melindungi penzina dan peliwat hukum islam dikelirukan

Kerana kuasa dan pangkat penzina dan peliwat dilindungi dengan memutar belitkan hukum islam yang memang sebenarnya adil.Di mana syiar pegangan mereka selepas menggugurkan negara islam dan di gantikan dengan negara kebajikan?

Semasa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat kenyataan di dalam ucapan penggulungan Muktamar Pas ke-57, beliau menyatakan klip video yang membabitkan manusia yang ditabal isterinya sendiri sebagai anugerah tuhan tidak boleh dijadikan bukti kerana dia tidak ada telinga. Tak ada mata, macam besi.


Ucapan itu disambut dengan takbir dan laungan oleh kaum yang menyokong. Langsung tak dengar kutukan atau kritikan, malah dikuliahkan, ditazkirahkan, sehingga dikhutbahkan “Amanat Baru Haji Hadi” itu!

Kenyataan Abdul Hadi Awang ini mengambarkan seolah-olah hukum islam ini tidak adil.Beliau tidak menerangkan secara terperinci hukum islam secara menyeluruh.

Berlainan dengan Ustaz Kazim Elias yang menerangkan hukum islam dari A hingga Z dari hukum hudud hingga hukum takzir.KLIK SINI UNTUK MENONTON VIDEO PENERANGAN HUKUM ISLAM

Hukum Hudud hanya boleh dikenakan pada seseorang bila mana si tertuduh itu disabitkan dengan 2 cara:

1. ia berikrar mengaku berzina ;
2. kesaksian 4 orang yang tidak fasik mengaku melihat dengan jelas perlakuan zina tersebut dengan mata mereka sendiri ~ kemasukan zakar kedalam liang faraj wanita terbabit –

Hukum Takzir pula boleh dikenakan pada individu tertuduh bila ada Qarinah ~ bukti penzinaan didalam bentuk fizikal sepertimana diterangkan Ustaz Kazim secara terperinci
Nah, apakah dia lagi muslihat para pemimpin pembangkang yang cuba menidakkan sesuatu yang sudah terang lagi bersuluh didalam kes video yang melibatkan individu yang dikatakan adalah Ketua Pakatan Pembangkang berzina dengan pelacur China terbabit?

Memang terbukti sudah bahawa Presiden PAS Dato Seri Abdul Hadi Awang cuba kelepiak diri dari turut bersama kebanyakan orang lain didalam bersetuju bahawa bukti didalam bentuk video yang menunjukkan sipelaku zina itu boleh diterima pakai didalam bab kesaksian ‘Qarinah’ :

Mana ada 4 orang saksi yang bukan fasik dizaman mana sekalipun yang sanggup tunggu membiarkan mana mana pasangan bukan muhrim untuk berzina ; tunggu sampai zakar sipenzina masuk ke liang faraj pasangannya sebelum mereka bertindak menangkap pasangan tersebut?

Jadi kepada rakyat adakah anda ingin seorang penzina dan peliwat memimpin negara kita yang tercinta ini?

Katakan tidak pada penzina dan peliwat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??