Thursday 20 October 2011

JOM FIKIR SEJENAK.. BILA KEPERCAYAAN CUBA DI GOYAHKAN !!!!



Jom fikir sejenak... dan nilaikan...


Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.


... Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..


Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.


Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…


Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada


Semoga didalam jiwa setiap kita yang beragama Islam ini punya kecerdikan Amin ini. Bijak dan sedar saat Agamanya cuba dipermainkan. Sedarlah wahai sahabat-sahabat semua. Jangan biarkan agamamu dipermainkan mereka yang berniat jahat untuk menggoyahkan kepercayaan kamu kepada pencipta mu !!!

Psssstttt.... padan muka cikgu tu kena balik dengan anak murid yang soleh... hehehehe....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??