Saturday 29 October 2011

LEMBU PUNYA SUSU SAPI DAPAT NAMA SUSU NENEN PON TAK NAK LEPAS !!!!

Barisan Nasional buat kerja tetapi Pakatan Rompak pula yang CLAIM CREDIT !!!


Printscreen di atas anda boleh baca DI SINI.


Menarik bukan? Kesemua 11,000 buah rumah yang disebut LGE ini bukan dibina oleh Pakatan Rompak tetapi telah dibina oleh Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional memerintah Pulau Pinang. Selepas PRU-12 Pakatan Rompak telah mengambil alih Pulau Pinang tiada sebiji rumah rakyat pun dibina oleh Kerajaan Negeri sekarang iaitu Pakatan Rompak. Waima sebatang tiang pun tidak berjaya dicacak bagi pembinaan rumah rakyat. Wajarkah LGE ambil credit atas kerja Kerajaan Barisan Nasional. Kalau nak menipu rakyat pun agak-agak la LGE. Untuk pengetahuan pembaca, semasa pemerintahan Barisan Nasional di Pulau Pinang, sebanyak lebih 22,000 unit rumah mampu milik dibina melalui PDC. Lebih dari separuh adalah rumah kos rendah.




Printscreen di atas anda boleh baca DI SINI. Sememangnya Pakatan Rompak tidak pernah membina walau sebiji rumah rakyat pun di Pulau Pinang.


Ini dapat dibuktikan daripada laporan PDC. 




Sila rujuk laporan tahunan penuh PDC 2007 DI SINI bagi mengesahkan printscreen di atas. Halaman 18 Lampiran A.


Selepas Pakatan Rompak mengambil alih Pulau Pinang, mereka hanya carried forward pencapaian Barisan Nasional (Kerajaan Negeri sebelumnya). Sila rujuk laporan tahunan penuh PDC 2008 DI SINI halaman 15. Tiada didalam laporan tahunan PDC 2008 yang merekodkan atau melaporkan Pakatan Haram menjalankan projek pembinaan rumah rakyat.


Kerana ini lah Koh Tsu Koon berani mencabar LGE tetapi pencacai Pakatan Rompak ini telah pun berusaha sedaya upaya untuk spin kisah sebenar bagi menyembunyikan fakta dari pengetahuan rakyat umumnya. Saya ingin lihat LGE menyahut cabaran KTK ini..!




Anda nak tengok Penyata Kewangan Negeri Pulau Pinang..? Sila lihat carta di atas. Perbandingan hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari tahun 2006, 2007, 2008, 2009 dan 2010. Pada pemerhatian pembaca, hutang Kerajaan Negeri Pulau Pinang merosot atau meningkat..?? Kan dah kantoi sini LGE. 


Nantikan CHAPTER 2... berapa pula jumlah duit yg lesap anggaran 120 - 150 juta dan kemana duit tu sudah lesap...????


Pssstttt... parking bertingkat di Bukit Bendera apa sudah jadi apek oiii... sudah tukar jadi gajah putih ka...??? harem tak bleh pakai... hahahaha...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??