Tuesday 27 December 2011

PANAS !!! COFFEE BOY BARU ANWAR !!!

Anwar Dapat KopiBoy Baru



Era reformasi 98 ramai yang sanggup mengorbankan diri berfisabillah demi menyelamatkan pemimpin 'Agung' seperti Anwar. Ada yang berhabisan wang, ada yang terlingkup perniagaan. Ada yang hilang anak bini dan bermacam lagi jenis pengorbanan dibuat hanya kerana mahu menyelamatkan manusia jahat seperti Anwar.

Selepas bertahun lamanya berjuang kemudian berakhirnya PRU12 ramai reformis sudah nampak siapakah Anwar yang sebenar. Boleh dikatakan kesemua aktivis reformis sudah sedar siapakah Anwar hingga ramai yang berpaling dan terus melawan kembali Anwar akibat terasa tertipu dengan pembohongan dan lakonan beliau.

Reformis bagaikan berpatah arang untuk tidak memaafkan Anwar walaupun ada tindakan untuk memujuk kembali mereka ketika Anwar di terlibat sekali lagi dengan kes liwat. Walaupun ditawarkan dengan wang ringgit dan pelbagai imbuhan reformis sudah tidak termakan dengan pujukan Anwar. Sebaliknya reformis sanggup untuk melawan dan mejatuhkan Anwar kerana rasa bersalah dan berdosa kepada rakyat akibat kemusnahan yang dilakukan.

9 Januari nanti Anwar bakal kembali ke Sungai Buloh, sokongan terhadap Anwar dikatakan menurun kerana rakyat sudah tidak percayakan Anwar. Kita dapat lihat setiap kali perbicaraan berlangsung para wartawan lebih ramai daripada penyokong Anwar.

Walaupun ditawarkan dengan wang ringgit agar turun memberi sokongan tetapi tidak ada sesiapa yang mahu membuang masa mempertahankan seorang peliwat seperti Anwar.

Akibat daripada itu, setelah diboikot oleh reformis Anwar hanya menggunakan para mahasiswa pula untuk mempertahankan beliau.

Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri mereka ikatan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang didalangi oleh CheguBard, Tian Chua, Latifah Koya digerakkan untuk menyerang kerajaan.

Rata rata mahasiswa yang ada sekarang tidak pernah melalui zaman reformasi. Kesemua mereka masih mentah dan tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku pada zaman reformasi dan selepas pembebasan Anwar.

Anwar menggunakan budak budak kurang matang ini untuk dijadikan perisai dan pembela kepada kerja liwat beliau. Sekarang satu demo dirancang oleh mahasiswa untuk turun beramai ramai mempertahankan Anwar. SMM merasakan akan mendapat sokongan beribu ahli mereka tetapi sedarkah mereka seluruh negara terdapat ratusan ribu mahasiswa yang tidak menyokong mereka.

Alangkah bodohnya mereka yang dikatakan terpelajar, kadangkala jika difikirkan makin lama belajar bukan makin pandai, tapi makin bodoh pulak.

Sumber : KGC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??