Friday 23 December 2011

PANAS !!! HASSAN ALI TIDAK GENTAR PERTAHANKAN PRINSIP PERJUANGAN !!!

Dalam pada Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat menggunakan kaldai budak hingusan, agar suara Hassan Ali tenggelam didalam siri pendedahan penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor berkaitan hal ehwal Islam namun ianya tetap terdedah juga dan tactic Anwar nampaknya tidak berjaya.


Hassan Ali yang sebelum ini menyeru ahli-ahli PAS bersama kepimpinan PAS yang lain agar kembali kepada landasan perjuangan sebenar mendapat kecaman hebat dari dalaman PAS. Hal ini telah mencetuskan pertelingkahan sesama mereka dan umum mengetahui dan sedar bahawa PAS telah keluar dari landasan dan asas perjuangan sebenar sejak bersekedudukan dengan komponen pakatan yang lain yang terang-terangan menentang Islam.

Amat menarik mendengar Hassan Ali didalam wawancara di TV3 malam tadi dan pagi tadi dalam jam 4 pagi Utusan Online mengeluarkan article tentang pendirian beliau. Baca salinan article di bawah;

Exco kerajaan negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata beliau tidak kisah jika digugurkan daripada jawatan tersebut serta tidak dipilih semula untuk bertanding pada pilihan raya umum akan datang kerana berpegang teguh kepada prinsip perjuangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-Adat Melayu, Infrastuktur dan Kemudahan Awam Selangor itu berkata: “Yang jelas adalah perjuangan saya mempertahankan Islam, bangsa Melayu dan institusi raja-raja.”
"Bagi saya ketiga-tiga ini merupakan landasan yang sangat penting dari dulu sampai sekarang,” katanya dalam program Soal Jawab TV3 yang dikendalikan oleh Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib yang disiarkan malam tadi.
Menyentuh mengenai PAS, Anggota Dewan Undangan Gombak Setia itu berkata jawatankuasa pusat parti itu kini lebih ramai dianggotai oleh profesional iaitu sebanyak 65 peratus berbanding golongan ulamak yang kini hanya 35 peratus.
Untuk itu beliau berharap anggota parti dapat meletakkan kembali kedudukan ulamak sebagai barisan kepimpinan parti.
Ini adalah kerana golongan ulamak dilihatnya mampu membawa PAS kembali ke landasan perjuangan berdasarkan prinsip Islam, katanya.
Ditanya sama ada beliau akan meninggalkan PAS berikutan perubahan ini, Hasan berkata: “Saya akan bersama apa jua gerakan berunsur politik atau tidak yang dapat mempertahankan Islam, orang Melayu dan institusi raja. - BERNAMA


Prinsip dan pendirian Hassan Ali untuk pempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja adalah sinonim dengan perjuangan UMNO. Sebab kenapa Hassan Ali ni aku hormati adalah pendirian beliau yang sanggup hilang jawatan dan kuasa demi satu perjuangan suci.

Dalam setandan pisang yang busuk, masih ada yang elok. Ini amat sesuai bagi menggambarkan PAS. Walau PAS telah jauh tersesat dan keluar dari asas-asas dan landasan perjuangan Islam yang mana diakui sendiri oleh Hassan Ali sebelum ini, namun masih ada pejuang Islam sejati yang cuba untuk memperbaiki dari dalam.

Pada pengamatan aku, sebaiknya Hassan Ali teruskan perjuangan didalam PAS bagi memperbaiki dan mengukuhkan PAS. Biarpun kepimpinan tertinggi pusat PAS begitu angkuh menolak huluran tangan dari UMNO untuk penggabungan demi kebaikan Ummah, namun Hassan Ali sebelum ini pernah menyatakan yang beliau akan cuba dan buat yang terbaik sekiranya langkah penggabungan itu adalah yang terbaik bagi umat Islam di Malaysia.

Selain itu, Hassan Ali boleh mengembalikan peranan Ulama' di dalam PAS yang suatu ketika dulu barisan pimpinan PAS terdiri dari Ulama'. Hari ini jelas kelihatan PAS tidak ubah seperti PKR yang mana perjuangan yang kepartian melebihi Agama. Berbanding UMNO dari dahulu hingga kini, perjuangan tetap berteraskan Agama, Bangsa dan Negara.

Apa sekali pun, sekiranya Hassan Ali bertindak keluar PAS atau mungkin juga dibuang keluar dari PAS. UMNO sentiasa membuka ruang buat Hassan Ali. Tetapi sayang lah kerana sekiranya Hassan Ali keluar dari PAS maka PAS akan berkubur kerana tiada lagi pejuang Islam sejati didalam PAS kerana yang tinggal adalah pejuang "KUASA", "NAMA" dan "HARTA".

Semoga Hassan Ali tabah didalam perjuangannya yang mana kini sekarang dikecam hebat oleh puak-puak Anwarinas didalam PAS. Semoga PAS berjaya dibawa kembali ke pangkal jalan !!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??