Saturday 31 December 2011

PANAS !!! PEMBANGKANG DAH MULA GELABAH ANWAR BAKAL DIPENJARAKAN !!!

Nurul Izzah PM jika Pakatan Menang - Zul Nordin.

alt

MELAKA 31 Dis. - Ahli Parlimen Kulim - Bandar Baharu YB. Zulkifli Nordin mendakwa Pakatan bakal mencalonkan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar sebagai Perdana Menteri yang baru jika mereka berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

“Perkara ini telah dipersetujui oleh Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat dan mereka juga telah menubuhkan Majlis Penasihat Perdana Menteri yang dianggotai oleh semua pemimpin tertinggi dari DAP, Pas dan PKR. Taktik baru ini mereka tonjolkan seolah-olah mereka sudah yakin Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga bapa Nurul Izzah akan didapati bersalah dalam perbicaraan kes liwat yang akan diputuskan pada 9 Januari ini.

“Dengan mencalonkan Nurul Izzah, pembangkang yakin rakyat terutama golongan muda pasti akan simpati terhadap bapanya yang kini menghadapi kes liwat,” katanya ketika disoal beberapa wartawan di sini semalam.

Beliau yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen PKR menjelaskan, Pakatan tidak akan yakin untuk meletakkan harapan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi menerajui gabungan tersebut.

“Saya diberitahu pemimpin tertinggi pembangkang tidak bersetuju untuk menyandarkan harapan kepada Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail begitu juga Timbalan Presiden, Azmin Ali,” ujarnya.

Justeru katanya, pemilihan Nurul Izzah dilihat adalah pilihan tepat untuk meraih simpati rakyat bagi memastikan pembangkang menang pada pilihan raya nanti.

Sumber : KL Pos


Pssstttt... semua meramalkan Anwar bakal menjadi PM di Penjarajaya... Masing-masing dalam puak-puak pembangkang kegusaran nampaknya kerana manusia peliwat yang berangan nak jadi PM akan masuk ke kandang jarang... Hilang akal dah nak auta apa kat rakyat... hahaha...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??