Monday 30 January 2012

TERKINI !!! KES ALLAYARHAMAH SOSILAWATI !!! LAPORAN POLIS DITOLAK MAHKAMAH !!!


Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan seorang peguam dalam perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain untuk menggunakan laporan polis seorang saksi pendakwaan semasa menyoal balasnya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir semasa memutuskan perkara itu berkata, menurut Seksyen 145 Akta Keterangan 1950, pernyataan dahulu perlu diterima di mahkamah terlebih dahulu sebelum ia boleh digunakan dalam perbicaraan.

"Laporan polis bukanlah laporan maklumat pertama (FIR). Oleh sebab itu, adalah jelas ia tidak boleh diterima dan tidak boleh digunakan untuk menyokong atau menyanggah saksi,” katanya.

Jumaat lepas, peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, T. Thilaiyalagan, mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 145 Akta Keterangan 1950 untuk menyoal balas saksi ke-32 pendakwaan, pegawai soal siasat Cif Ins N. Govindan, dengan merujuk beberapa laporan polis yang dibuat oleh saksi berkenaan dalam siasatan kes itu.

Seksyen 145 akta berkenaan menyentuh pemeriksaan balas saksi berhubung pernyataan dahulu yang dibuat olehnya secara bertulis.

Perbicaraan yang masuk hari ke-61 bersambung esok. — BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??