Thursday 23 February 2012

ADOIII !!! TUN M SEKEH HADI !!!


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sepatutnya meminta ahli parti itu berbai’ah kepada Allah dan bukannya kepada pemimpin mereka yang hanya berminat untuk menang pilihan raya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana jika manusia biasa membuat bai’ah atau lafaz taat setia sesama manusia atau parti, mereka mempunyai kecenderungan melanggar lafaz yang telah dibuat.

“Sebagai seorang yang beragama Islam, kita hanya berbai’ah kepada tuhan iaitu Allah dan hanya kepadaNya kita tunduk.

“Kita juga wajar berbai’ah kepada semua Nabi dan Rasulullah yang diiktiraf oleh agama Islam,” katanya selepas menyampaikan syarahan perdana bertajuk Transformasi Minda Penyelidik Muda di Dewan Agong Tuanku Canselor, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Hadir sama Naib Canselor UiTM, Datuk Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar dan Dekan Fakulti Sains Gunaan UiTM, Prof. Dr. Ri Hanum Yahaya Subban.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi bahawa setiap calon Pas yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diwajibkan berbai’ah dan sesiapa yang melanggar bai’ah itu akan ‘celaka dunia dan akhirat’.

Dr. Mahathir berkata, Pas kini dalam keadaan terdesak untuk menguatkan parti dengan cara menguatkuasakan bai’ah dalam kalangan ahli yang bakal bertanding PRU-13.

“Bai‘ah ini hanya akan mengongkong pemikiran, yang mana pemimpin Pas tidak dengar dan terima pendapat ahli sendiri.

“Kesetiaan kepada pemimpin sepatutnya berpada-pada kerana sebagai manusia mereka tidak sempurna dan bila-bila masa boleh membuat salah, Presiden Pas bukannya nabi,” katanya.

Mengulas mengenai penubuhan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) oleh bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, beliau berkata, pertubuhan tersebut diharap dapat menjelaskan objektif penubuhannya dengan lebih jelas.

Ujar beliau, jika Jati cenderung kepada perjuangan politik, perpecahan orang Melayu akan menjadi kepada empat bahagian hingga akhirnya menjadi golongan minoriti sahaja. - Utusan


Psssstttt... kan dah kena dengan Ayahanda Tun...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??