Tuesday 28 February 2012

KERAJAAN PAS KEDAH TAK DAPAT COVERLINE !!!


Sape GAGAL ???? Azizan ke PAS Kedah ???


Kegagalan Kerajaan Pas Kedah membuat lantikan penuh ke atas Exco kerajaan Negeri membuktikan ada sesuatu yang tidak kena dalam pentadbiran yang diterajui oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Pengerusi Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) Kedah, Datuk Paduka Abdul Rahman Ibrahim menjelaskan bahawa insiden yang berlaku hari ini menolak penafian Azizan berkaitan pergolakan dalaman dalam pentadbiran kerajaan Negeri Kedah.

“Tidak kiralah sama ada memang wujud atau tidak golongan ‘Anwarinas’ untuk menggugat kepimpinan Menteri Besarnya tetapi apa yang pasti bahawa Pas sememangnya telah gagal dalam pentadbiran sebuah negeri apatah lagi jika mahu dibandingkan dengan pentadbiran Barisan Nasional (BN) sebelum ini,” katanya kepada UMNO-Online.

Hari ini, lapan orang Exco Kerajaan Negeri Kedah telah mengangkat sumpah pelantikan semula di Istana Anak Bukit tanpa disertai oleh dua orang yang lain iaitu Datuk Phahrolrazi Zawawi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah dan Datuk Dr Ismail Salleh adalah Timbalan Pesuruhjaya II.

“Tidak kiralah sama ada memang wujud campurtangan pihak lain atau sebaliknya tetapi selama empat tahun Pas mentadbir Kedah, telah terbukti bahawa kepimpinan tersebut terlalu goyah sehinggakan gagal untuk memberikan pembangunan atau perubahan kepada negeri ini.

“Apabila Exco kanannya sendiri pun tidak dilantik semula maka apa maknanya? Tentulah ada sesuatu yang terjadi walaupun mereka seboleh mungkin mahu menafikan apa yang berlaku dalam pentadbiran dan kepimpinan partinya,” ujarnya.

Tambahnya lagi, berdasarkan apa yang berlaku, Pas sememangnya belum mampu untuk berkerajaan dan menjadi pemimpin kepada sebuah masyarakat yang besar apatah lagi mereka sering bertelagah sesama sendiri.

“Rakyat beri mandat pada mereka dengan harapan untuk lihat perubahan malangnya sehingga ke hari ini tidak ada satu pun hasil kerja pentadbiran kerajaan pembangkang ini yang mampu menyaingi apa yang pernah dilakukan oleh kerajaan terdahulu sama ada dari segi pembangunannya, pelaksanaan program atau kesediaan menerima pandangan rakyat.”

Jelasnya, inilah sebenarnya kerajaan retorik yang hanya banyak bersandiwara, pandai mengata orang lain tetapi gagal memikul tanggungjawab kerana asyik bertelagah. 

Sumber : umno-online


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??