Saturday 25 February 2012

PAS KEDAH KRITIKAL !!! GILER ARH !!!



Krisis dalaman Pas Kedah dikatakan berada pada tahap amat serius apabila beberapa Exco kerajaan negeri sudah bertekad 'berpatah arang dan berkerat rotan' dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Krisis berkenaan dikatakan menjadi semakin serius kebelakangan ini apabila Exco terlibat dikatakan tidak lagi dapat membendung kekecewaan dengan sikap dan kepimpinan Azizan berhubung pelbagai isu.

Menurut sumber dalaman kerajaan negeri, Pas Kedah tidak berada dalam satu saf kerana terdapat pasukan yang menyokong dan tidak sehaluan dengan kepimpinan Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas negeri.

Kata sumber itu, pasukan yang tidak sehaluan dengan Azizan dipercayai diketuai oleh dua orang kuat dalam Pas Kedah.

Mereka dikatakan terbabit dalam usaha halus untuk menyingkirkan Azizan jika pakatan pembangkang terus menguasai negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

"Saya tidak terkejut jika lebih ramai Exco Pas menyertai pasukan yang menentang Menteri Besar," katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, satu sumber lain turut menyifatkan pergolakan yang berlaku dalam Pas Kedah ketika ini bukan satu gimik politik.

Katanya, situasi di dalam Pas Kedah seakan retak yang menanti belah dan sukar bercantum kembali.

Sementara itu, satu sumber mengesahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air Dan Tenaga negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi sudah mengosongkan biliknya sejak beberapa hari lalu.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah ketika dihubungi Utusan Malaysiahari ini tetap enggan mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa sekarang berhubung dakwaan beliau antara Exco Kedah yang enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri 28 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Siti Aishah Ghazali yang turut dikaitkan namanya dengan dakwaan berkenaan pula mengesahkan akan hadir pada majlis tersebut kerana sudah menerima surat jemputan.

Seorang lagi Exco kanan Kedah iaitu Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, selaku ahli Pas, beliau akan akur terhadap sebarang arahan daripada pucuk kepimpinan parti.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan kepimpinan Kerajaan Pas Kedah sekali lagi berhadapan dengan krisis apabila sekurang-kurangnya empat Exco parti itu dikatakan enggan hadir pada majlis pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selasa ini.

Krisis terbaru itu dijangka meletakkan Azizan dalam dilema memandangkan tindakan berkenaan dikaitkan dengan usaha memberi tekanan kepada beliau untuk meletakkan jawatan. - Utusan


Aku kata: bubar je la PAS tu, buat semak Malaysia je...



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??