Sunday 26 February 2012

RAMAI LAGI AKAN TAMPIL JADI SAKSI !!! BUKAN KES KHALWAT BADRUL AMIN !!!


Kes pasir ni banyak betul drama dan kluk klek pakatan haram jadah Selangor !


Macam-macam hal la kau GAGAP ! Kes bunuh pasal skandal pasir, pekerja KSSB kena pecat, bekas pekerja kena ugut bunuh. 


MB nya yang ngok bersikap kluk klek tak tetap pendirian. Heii.. Macam-macam lar...!!!


Skandal Pasir : SELCAT Hidup Segan Mati Tak Mahu !

Lagi... Kisah Skandal Pasir... Bukan Skandal Seks...!

Sebelum ini, aku pernah keluarkan article pasal ni. Banyak article sebenarnya. Tapi yang aku nak fokuskan sekarang berkaitan saksi-saksi penting kes Skandal Pasir ni.

Ketika saksi-saksi penting ini membuat pendedahan. Mereka dipecat !


Kenyataan bekas pekerja KSSB seramai 9 orang bahawa mereka dipecat selepas mengadu tentang salahlaku yang berlaku di dalam KSSB.

Agak-agaknya apa yang dikatakan oleh bekas pekerja KSSB sehingga mereka dipecat ?? Mungkin ramai nak tau.

Tak apa, kita tunggu masa yang sesuai. Apa yang penting sekarang adalah keselamatan mereka.

Kita sedia maklum unsur-unsur samseng memang wujud di dalam KSSB. Aku pernah dedahkan satu laporan polis oleh seorang bekas pegawai pemasaran bahawa beliau menerima ugutan melalui panggilan telefon.

Kes Skandal Pasir ni telah pun melibatkan kehilangan nyawa menurut laporan RPK. Kini bekas pekerja KSSB diburu dan diugut bunuh. Apa puak regimn Khalid pakatan haram jadah ni ingat Malaysia tak ada undang-undang ke ??

Kita semua memang sedia maklum yang puak pakatan haram jadah ni memang nak guna undang-undang rimba. Akta liwat pun nak dimansuhkan, jadi aku tak akan rasa hairan kalau akta bunuh orang pun nanti diorang akan mansuhkan juga !

Ramai lagi yang akan tampil sebagai saksi bagi pendedahan Skandal Pasir ni. Aiyooo... Dari GAGAP terus BISU la jawabnya...

Beberapa pihak lagi dijangka tampil mendedahkan isu penyelewengan pasir di Selangor dalam masa terdekat walaupun kerajaan negeri terus menafikannya, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata, kerajaan Selangor perlu berdepan dengan realiti bahawa berlakunya ketidaktelusan berhubung isu pasir di negeri ini dan tidak boleh menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kelemahan mereka.
"Saya percaya akan ada lagi pendedahan yang dibuat mengenai isu pasir ini seperti yang dilaporkan oleh media hari ini.
"Kerajaan negeri pastinya akan mencari alasan termasuk terus menggunakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) untuk menutup kelemahan pentadbiran mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tiram Jaya di sini, hari ini.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah akhbar hari ini yang mendedahkan aktiviti mencuri pasir berleluasa di Rawang, Hulu langat dan Semenyih.
Laporan itu turut mendedahkan aktiviti mencuri pasir di tiga kawasan terbabit mengaut keuntungan lumayan minimum RM30,000 sehari dan terus berleluasa serta diteruskan walaupun sudah dikenakan tindakan undang-undang ekoran tiada pemantauan oleh pihak berkuasa.
Mengulas lanjut, Noh berkata, kerajaan Selangor akan terus menggunakan Selcat bagi menutup kelemahan mereka kononnya telus dalam menangani sesuatu isu yang didedahkan.
"Bagi saya Selcat hanyalah gimik politik kerajaan Selangor yang lebih berminat mencari kesalahan kerajaan persekutuan bukannya mendedahkan apa yang dibangkitkan terutamanya isu berhubung skandal pasir di negeri itu,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah rakyat merupakan satu kaedah terbaik sekiranya kerajaan Selangor serius untuk menyelesaikan isu pasir yang dibangkitkan. - BERNAMA


Sumber : KGC



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??