Thursday 23 February 2012

SKANDAL PASIR BUKAN SKANDAL SEKS CHINADOLL !!! BILA GAGAP NAK SAHUT CABARAN NOH ???

Isu Pasir- Bila MB nak jawap cabaran Noh Omar

SELCAT bermaksud Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan adalah satu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Selangor untuk memantau sebarang salah laku ataupun penyelewengan yang dilakukan oleh mana-mana pihak yang melibatkan kerajaan negeri Selangor. Anggota Selcat ini terdiri daripada Azmin Ali, Haniza Talha, Saari Sungib, Edward Lee Poh Lin, Sulaiman Razak dan Ismail Sani keduanya daripada BN.

Selcat juga pernah digunakan oleh kerajaan Selangor untuk mengadili kes BALKIS yang melibatkan perbelanjaan yang mencecah ratusan ribu ringgit yang diadakwa sebagai penyelewengan. Selcat juga pernah dikatakan akan menyiasat perbelanjaan boros 56 wakil rakyat BN ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional.

Semalam Faekah Husin mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan negeri menjemput Noh Omar untuk hadir memberi keterangan ketika prosiding berkenaan isu pasir dijalankan oleh Selcat.

Agaknya Selcat dah lupa beberapa perkara. Pertama Selcat harus menjemput 9 orang kakitangan yang dipecat kerana merekalah first level yang patut dipanggil kerana dipecat selepas mengadu berlakunya penyelewengan di dalam KSSB. Betul kata Suhaimie Kota Raja bahawa mereka dipecat atas alasan disiplin tetapi itu semua hanya satu strategi untuk membuatkan mereka terkeluar daripada KSSB.

Kedua adalah krebiliti SELCAT itu sendiri, Hasan Ali ketika menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor pernah mempertikaikan kreabiliti SELCAT. KLIK SINI

Ketiga apakah yang mampu dibuat oleh SELCAT sekiranya terbukti ada penyelewengan berlaku? Selcat ini wujud hanya untuk menjaga kepentingan kerajaan negeri Selangor dan juga mencari kesilapan orang lain. Natijahnya mereka sendiri tidak mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman terhadap sebarang dakwaan.

Keempat adalah Khalid Gagap masih belum menjawap apa bentuk tindakan yang akan diambil oleh beliau andai terbukti wujud penyelewengan di dalam KSSB. Noh Omar memberi 3 tindakan yang perlu diambil.Pertama MB akan letak jawatan, Keduanya memecat Exco dan Adun yang terlibat dan ketiga membubarkan dun Selangor.

Aku yakin Noh Omar tidak takut untuk memberi kenyataan tetapi apa yang penting adalah kreabiliti badan induk tersebut untuk menjatuhkan hukuman. Noh Omar mahu Selcat diteruskan bukan bermakna dia mengakui kreabiliti Selcat tetapi mahu supaya rakyat tahu bahawa Selcat hanyalah satu jawatankuasa menjaga kepentingan kerajaan PKR Selangor. Walaupun ada 2 wakil BN didalam Selcat tetapi sebarang keputusan akan dibincang terlebih dahulu sebelum di bentangkan ketika prosiding Selcat.

Apa yang lebih afdal adalah penubuhan satu jawatankuasa diraja supaya semua pihak boleh memberi keterangan dan sebarang hukuman diakui oleh semua pihak, Andai Selcat membuat keputusan ianya akan dipertikaikan kerana penubuhan Selcat jelas menunjukkan mereka akan mempertahankan kerajaan Selangor.

Satu soalan yang mash belum terjawap- Kenapa MB tak beri kenyataan. Kenapa perlu Yaakob Sapari dan juga Faekah yang bagi kenyataan. MB Gagap dah takut nak keluar kenyataan ke atau dah kene sound dengan DAP?

Lihat video dibawah pada minit ke 11 hingga ke 14 tentang apa tindakan yang MB Gagap kena ambil.


Sumber : KGC


Pssss... erkk... Khalid GAGAP ada telor ke ? Bukan ke dah bisu tertelan telor !



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??