Friday 20 April 2012

JUDI DIBENARKAN - EXCO AGAMA SELANGOR !!! INDUSTRI PERSUNDALAN ?!!


Bukan aku yang kata ye... Ni Exco Agama Negeri Selangor yang kata...


Tak percaya ???


Nah ni bukti !




Kalau ikutkan Khalid Jamban dan puak PAS... Industri persundalan pun halal !!!


Meh aku nak petik sikit dari KGC;


Khalid Ibrahim sebagai pemegang exco agama Islam dalam kerajaan negeri Selangor sudah pasti menjalankan tugas beliau mengikut landas pegangan fahaman DAP.

Rakyat sedia maklum bahawasanya Khalid hanyalah sebagai boneka dan pak turut kepada beberapa pemimpin DAP .

PAS yang sebelum ini agak lantang dibawah pimpinan Dr Hasan Ali sudah tenggelam sama sekali apabila Anwarinas seperti Dr Rani yang dilihat lebih liberal.

Keratan Akhbar ini membuktikan Khalid tidak akan sama sekali menghapuskan judi walaupun beliau sendiri menyedari portfolio yang dipegang beliau membabitkan kepentingan umat Islam.

Aku boleh rasakan umat Islam terutamanya penyokong tegar pakatan sudah pasti akan menyokong 100% tindakan menteri besar mereka memandangkan setiap tindakan ketua mereka akan dihalalkan.

Sehingga sekarang... ada kita dengar mana mana ahli PAS bising dalam isu menghalalkan judi..?




Ni salah satu hasil Pakatan Selangor !!!


Meriahnya Selangor dengan Industri Persundalan !!!


Aku nak petik sikit dari Cucu Tok Selampit,


‘Pakatan Rakyat Kuat, Rakyat Dapat Nikmat’, demikian tertulis di kain rentang yang terpasang di sekitar Bandar Kuala Selangor. 

Pastinya Rakyat di Kuala Selangor tertanya-tanya apakah 'nikmat' yang dimaksudkan di dalam kain rentang tersebut kerana tiada pembangunan yang boleh dibanggakan di kawasan itu. 

Rupanya, 'nikmat' yang mungkin dimaksudkan di dalam kain rentang tersebut adalah di kawasan Bandar Kuala Selangor sahaja terdapat tujuh buah Pusat Rawatan Refleksologi! 

Patutlah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad merasa 'nikmat'!

Menurut penduduk setempat, situasi di Kuala Selangor sekarang ini sudah setanding dengan Bukit Bintang di Kuala Lumpur berdasarkan kewujudan pusat urut yang semakin bercambah. 

Apa yang lebih merisaukan adalah pusat-pusat urut ini didakwa turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan. 

Lebih menghairankan lagi, mengapa tiada langsung tindakan yang diambil oleh Ahli Parlimen Kuala Selangor, sedangkan lokasi pusat-pusat urut tersebut sangat hampir dengan pejabatnya. 

Sewaktu Barisan Nasional mentadbir Kuala Selangor, tiada sebarang lesen untuk rumah urut beroperasi diluluskan. 

Apabila Kuala Selangor diambil oleh wakil PAS, nah ambil kau! 7 Pusat Urut dibangunkan. 

PAS For All!

Kerisauan penduduk di Kuala Selangor bukan sahaja terhad kepada pusat-pusat urut yang turut dijadikan sebagai pusat seks. 

Kewujudan hotel murah pun sudah mula tumbuh di Kuala Selangor. Pelanggan boleh "check in" sejam dengan kadar bayaran RM20 sahaja. 

Mesin perjudian juga semakin bercambah. Boleh dikatakan hampir di setiap kawasan perumahan terdapatnya kedai-kedai mesin judi ini. 

Apa sudah jadi dengan pemantauan yang dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk membanteras gejala tersebut. 

PBT tutup matakah atau operasi yang dijalankan sekadar melepaskan batuk di tangga?



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??