Saturday 28 April 2012

LIVE !!! LAGI CUBAAN CEROBOH DATARAN !!!


Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak berganjak dengan pendirian tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan sebagai lokasi mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 esok.

Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Fuad Ismail berkata, keputusan tersebut adalah sejajar dengan Undang-Undang Kecil Kerajaan Tempatan 1992 yang memperuntukkan bahawa Dataran Merdeka tidak boleh digunakan untuk sebarang aktiviti menunjuk perasaan atau melakukan bantahan.

“Kita konsisten dengan apa yang telah diperuntukan oleh undang-undang atas dasar Dataran Merdeka mempunyai nilai sejarah kepada negara.

“Sebelum ini, penganjur seni silat, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan penyokong aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) mengemukakan permohonan seumpamanya turut ditolak.

“Begitu juga dengan perhimpunan Bersih 3.0 tidak dibenarkan diadakan di Dataran Merdeka," katanya pada sidang akhbar di Menara DBKL di sini hari ini. - UTUSAN





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??