Monday 23 April 2012

SASTERAWAN AGUNG YANG SEBENAR DAN BERJIWA BESAR !!!



Allahyarham Datuk Dr Usman Awang 
VS 
A Samad Said

Mana korang nak ikut ??

Tokoh sastera berjiwa besar kelahiran Johor yang dibesarkan di Tanah Melayu yang sentiasa berpenampilan kemas dan tampan.... 


Atau... 

Totok pembangkang kelahiran Melaka yang dibesarkan di negara komunis Singapore yang sentiasa nampak serabai macam pengemis...


Sasterawan VS Sasterawan

Seorang anak tani keluarga susah yang pernah tempuh zaman penjajahan dan menghargai kemerdekaan....

vs 

Seekor berfahaman barat yang tak pernah lalui penjajahan....



Walaupun aku pelajar jurusan sains tulin, tapi aku memang minat bahan pembacaan sastera Melayu...

Even, aku pernah buat novel dan cerpen zaman dulu-dulu tahun 90-an...

Aku tak pernah minat A. Samad Said... Itulah hakikatnya... 

Penampilan A. Samad Said sendiri buat aku hilang selera dan geli...

Tetapi aku amat kagum dengan Allahyarham Datuk Dr Usman Awang...

Seandainya dia masih hidup, pasti dia kecewa dengan anak didik dan bekas pekerjanya iaitu Samad Said.




Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said (lahir: 9 April 1935 dan belum mati lagi).

Kini beliau menetap di Subang Jaya, 47500 Petaling Jaya, Selangor.

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka.

Isterinya, penyair Salmi Manja rajin menulis sajak dan cereka.

Dari ibunya dia sering mendengar cerita rakyat seperti cerita “Batu Belah batu Bertangkup”. 

A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Victoria Institution, Singapura (1956). 

Sebagai pembaca, beliau mengenali Asraf, Usman Awang, Han Suyin, Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya Ananta Toer, Achdiat Kartamiharja, Hamzah Fansuri dan Wijaya Mala. 

Dia juga membaca novel-novel Barat seperti Oliver Twist, Wuthering Height dan Almayer’s Folly. (Sebab tu banyak terpengaruh dengan budaya barat.)

Beliau membaca pelbagai bidang seperti politik, sosiologi, ekonomi dan psikologi serta karya-karya besar Li PoTu Po dan Rabindranath Tagore

Ketika membaca, dia akan menggaris atau menanda ayat-ayat, dialog-dialog atau ungkapan-ungkapan yang menarik.

Mulanya sebagai kerani di Hospital Umum Singapura selama enam bulan.

Bekerja dengan akhbar Fikiran Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam di Kuala Lumpur.

Beliau kembali ke Singapura dan bekerja dengan akhbar mingguan Utusan Zaman di bawah Usman Awang. 

Apabila Syarikat Utusan Melayu berpindah ke KL dan Usman Awang, Said Zahari, dia turut berhijrah. 

Wartawan Abdul Samad Ismail dari Berita Harian berhijrah pula ke The New Straits Times. 

Semasa A. Samad Ismail ditahan ISA, Samad Said menjadi penolong khas kepada Pengarang Kumpulan The New Straits Times dan sebagai Pengarang Berita Harian sehingga 8 Mac 1978.

Pada 1981, menjadi Ketua Pengarang akhbar Warta Teberau.

Kemudian Samad Said menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times 

A. Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir.

Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). 

Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat “.

Beliau berjaya menghubungkan sasterawan-sasterawan 50-an yang mementingkan tema dan mesej dengan sasterawan yang lebih cenderung menekankan nilai dalam kesusasteraan.

Beliau membesar di Singapura. Oleh itu dia tidak pernah secara aktif terlibat dalam perjuangan politik atau ideologi yang menentang penjajah.

So... tak heran la sangat apsal orang tua ni jadi pengkhianat...

Ape pun... Sasterawan yang aku sangat sanjungi juga terbaek...

Teringat zaman-zaman sekolah.... Sangat berbeza sungguh dengan seorang Sasterawan Agung Usman Awang... Berjiwa rakyat dan berjiwa besar !!!



Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. 

Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. 

Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. 

Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.

Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. 

Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. 

Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. 

Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.

Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. 

Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. 

Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. 

Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. 

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. 

Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. 

Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. 

Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. 

Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. 

Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. 

Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. 

Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. 

Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. 

Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. 

Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. 

Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. 

Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. 

Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. 

Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. 

Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. 

Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. 

Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. 

Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. 

Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. 

Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. 

Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

Usman Awang mula membentuk namanya dalam dunia persuratan Melayu Moden dengan menulis sajak. 

Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. 

Beberapa buah sajaknya menjadi bahan yang amat menarik. 

Bukan sahaja di kalangan masyarakat terbanyak yang cintakan puisinya tetapi menjadi mainan bibir di kalangan anak-anak sekolah pada waktu itu dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. 

Antara sajaknya yang cukup popular adalah “Pak Utih”, “Ke Makam Bonda”, “Nasib Buruh”, “Bunga Popi”, “Gadis Di Kuburan”, dan “Salam Benua”.

Usman adalah di antara penyair Melayu yang berhasil mengekalkan semangat dan harmoni pantun di dalam sajak-sajaknya. 

Dengan menggunakan kata-kata biasa dalam penulisannya, beliau pintar menjalin kata-kata itu hingga menjadi begitu indah dan berkesan tanpa melemahkan makna yang hendak disampaikan. 

Inilah di antara keistimewaan yang ada pada Usman Awang.

Ketokohan Usman Awang menonjolkan kerana perwatakan peribadinya yang lemah lembut dan mesra, dan simpatinya terhadap golongan bawahan yang miskin dan manusia yang malang. 

Usman adalah seorang seniman yang berjiwa rakyat.

Usman Awang pernah diundang melawat Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina, China dan Rusia, sebagai salah seorang penyair terkenal dari Malaysia. 

Beberapa buah karyanya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, China, Jepun, Korea, Peranchis, Thai, Czechkoslovakia, Danish, Tamil, Itali, Rusia dan lain-lain. 

Beliau di anggap sebagai seorang yang berjiwa besar dalam bidang sastera yang tidak jemu-jemu memperkayakan budaya negara.

Beliau telah dilantik sebagai salah seorang anggota Panel Hadiah Karya Sastera dan juga telah dianugerahkan gelaran “Pejuang Sastera” oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 1976. 

Mulai tahun 1979, kerana ketokohan, pengalaman dan dedikasinya, beliau dilantik menjadi setiausaha kepada Panel Anugerah Sastera, sebuah badan kehormat yang tertinggi di tanah air.

Dalam tahun 1982 Usman Awang telah dipilih menerima SEA Write Award.

Pada 11 Ogos 1983 Usman dianugerahkan pula Ijazah Doktor Kehormat (Persuratan) oleh Universiti Malaya. 

Usman Awang juga adalah penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. 

Akhbar Berita Harian telah menganugerahi Usman Awang Zamalah Sastera dalam tahun 1985 iaitu untuk kategori Penulis Terkenal (Veteran). 

Anugerah ini bertujuan mengadakan kemudahan berkarya dan memberikan sumbangan kepada perkembangan kesusasteraan tanah air. 

Dalam tahun 1995 beliau diberi Anugerah Penyair Johor. 

Antara karya-karya terkenal beliau adalah :-

Novel : Tulang2 Berserakan

Cerpen : Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan lain-lain.

Drama : Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam dan lain-lain.

Sajak : Pak Utih, Ke Makam Bonda, Salam Benua, Gadis Di Kuburan, Kekasih, Bunga Popi dan lain-lain.

Dalam kegiatan dan organisasi penulis tanahair, sumbangan dan penyertaan Usman Awang amat dirasakan. 

Beliau banyak terlibat secara aktif dalam banyak aktiviti penulis. 

Bukan saja hidupnya sebagai pencipta karya yang asli dan halus tetapi juga sebagai penggerak yang berani memberi inspirasi dan semangat kepada ramai penulis muda. 

Sejak tahun 1950-an beliau merupakan salah seorang pengasas Ikatan Persuratan Melayu Melaka (IPM), Setiausaha ASAS 50 di Singapura dan Ketua PENA yang pertama (1962-1965). 

Beliau juga adalah salah seorang yang mengambil daya inisiatif untuk mengadakan Hari Puisi, Cempaka Berbunga, Malam Gema Puisi dan Gentar Rasa di Panggung Anniversary, Manifestasi Dua Seni dan banyak lagi aktiviti lain. 

Kumpulan Puisi “Keranda 152” dan “Telok Gong” juga adalah daya usaha Usman Awang bersama penyair lain.

Ketokohan Usman Awang dalam Melayu Moden, khususnya sajak dan drama, amat banyak diperkatakan. 

Maka itu nama Usman Awang paling terkenal kepada semua pengkaji dan peminat sastera melayu di pelbagai peringkat dan golongan, di dalam atau luar negara. 

Kejayaannya mempertahankan dirinya sebagai seorang penyair dan budayawan yang terus kreatif memberikan rasa keteguhan terhadap tradisi baru sastera melayu. 

Beliau adalah seorang penyair yang tidak pernah luntur dan dapat menyesuaikan diri dalam pelbagai zaman dan situasi.

Datuk Dr Usman Awang sentiasa dihati.... 
Marilah kita sama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham...
Al-Fatihah...





1 comment:

  1. Ak rasa klo dato usman awang ad pn die akn menyokong usaha kearah pilihan raya yg bersih.sastrawan negara yg tulen adalah yg berpendirian n tidak tunduk kpd telunjuk kerajaan yg memberi anugerah itu.tabir sastrawn mcm a.samad said n shahnon ahmad.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??