Monday 23 April 2012

SIRI JELAJAH KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1MALAYSIA AKAN MENGGEGAR PERAK PULA !!! * UPDATED *



Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera Sahabat2...

Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia akan menganjurkan Siri Jelajah Konvensyen Media Sosial 1Malaysia Peringkat Negeri Perak 2012 seperti butiran berikut;

Tarikh : 19hb Mei 2012
Hari : Sabtu
Masa : bermula jam 7.30 pagi
Tempat : Dewan Banquet Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Program anjuran Sekretariat Konvensyen dengan kerjasama BN Negeri Perak. Segala maklumat dan keterangan lanjut boleh didapati di laman FB Fan Page Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia.

Sepertimana siri jelajah dinegeri2 lain, sesiapa yang berminat untuk join boleh daftar awal untuk seats booking dan baju size reserve (baju diberikan percuma, untuk elakkan baju tak cukup).

Sila buat pre-registration butiran seperti berikut via FB inbox Sekretariat Konvensyen Media Sosial 1Malaysia;

Nama penuh:
Alamat:
No K/P:
No Telefon:
Email:
FB/Twitter/Blog:
Size baju:

Kalau nak email kepada I4TT pun boleh je, seperti di email yang tertera diatas blog ini.

Boleh daftarkan bagi pihak kawan anda... atau untuk daftar berkumpulan...

Bagi pihak team sekretariat menjemput semua sahabat2 media sosial kelahiran Perak atau yang bermastautin di Perak... bagaimanapun, sahabat media sosial dari negeri lain yang ingin menyokong juga dialu-alukan....

Terima kasih...

Terkini : Bagi yang masih belum daftar pemilih SPR boleh daftar masa di Konvensyen nanti... SPR akan buka kaunter pendaftaran dan semakan.

Sebarang perkembangan boleh dilihat di Page Sekretariat Konvensyen.

- Sekretariat -



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??