Tuesday 1 May 2012

BERSHIT 3.0 : BUKAN POLIS MALAYSIA JE TAPI POLIS ARAB SAUDI PON BENCI !!! DIBURU !!!


Seperti yang kita semua sedia maklum, dua pelancaran BERSIH 3.0 telah diadakan oleh aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah pada pagi 26 April 2012.

Tujuan pertemuan adalah bagi melahirkan sokongan terhadap objektif perhimpunan BERSIH 3.0 di Malaysia dan kononnya sebagai keperihatinan rakyat Malaysia di Arab Saudi bagi memastikan keadilan dan ketulusan di dalam pilihanraya tidak terhenti di Malaysia sahaja.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang mengaku sebagai aktivis-aktivis BERSIH 3.0 di Mekah dan Madinah ini terdiri daripada pelajar-pelajar Malaysia yang mengikuti bidang pengajian agama tajaan Kerajaan Arab Saudi serta rakyat Malaysia yang sedang menunaikan umrah.



Pelancaran BERSIH 3.0 di Mekah

Tarikh : Khamis, 26 April 2012

Lokasi: Di hadapan premis Restoran D’Saji, Hotel Al Safwa, Mekah

Masa : 9.30pagi – 10.30 pagi

Pelancaran telah disempurnakan oleh Nasrudin Hassan Tantawi selaku Ketua Pemuda PAS Malaysia dan turut ditemani oleh timbalannya Nik Mohamad Abduh Nik Aziz sekitar jam 10.00 pagi.

Kehadiran sekitar 20 rakyat Malaysia yang majoritinya memakai baju kuning yang mempunyai logo Bersih 3.0. Antara yang menyertai majlis tersebut adalah beberapa pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Saudi yang sedang mengikuti pengajian di Universiti Ummul Qura, Mekah termasuk barisan Exco Persatuan Pelajar Malaysia Mekah.

Terdapat juga penglibatan golongan professional dalam pelancaran tersebut, dan yang ketara adalah Dr. Mohd Taib Wahid, seorang pensyarah dari Universiti King Abdul Aziz , Jeddah.

Hj. Azzam Mustapa dari Nokia Mekah.

Hj. Khairani, bekas kakitangan Tabung Haji Travel and Tours (THTS) yang kini menguruskan agensi pelancongannya sendiri.

Sebelum pelancaran disempurnakan semua peserta yang terlibat duduk di meja hadapan Restoran D’Saji untuk bersarapan pagi dan seterusnya memakai baju kuning dangan logo BERSIH 3.0 yang dibawa oleh Nasrudin Tantawi dan mendengar ucapan Nasrudin .

Antara beberapa isu-isu yang diucapkannya adalah perkembangan politik semasa di Malaysia, isu rasuah, keperluan bagi semua rakyat Malaysia menyokong BERSIH 3.0 serta berjihad secara demokrasi ala Islam sebagai satu cara memperolehi keadilan yang sebenarnya.

Selepas itu bersih 3.0 dilancarkan dengan mereka memegang kain rentang BERSIH 3.0 dan mengambil gambar secara beramai-ramai berlatar belakangkan Restoran D’Saji.


Pelancaran BERSIH 3.0 di Madinah

Tarikh : Khamis, 26 April 2012

Lokasi: Di perkarangan Masjid Nabawi, Madinah

Masa : 9.30 pagi – 10.00 pagi

Majlis pelancaran di Madinah telah diatur oleh Hj. Khuzaini, Nokia ,Madinah dan majlis pelancaran itu telah disempurnakan oleh Mokhtar Senik selaku AJK Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Pahang sekitar jam 9.40 pagi.

Kehadiran sekitar 30 rakyat Malaysia yang sedang berada di sana telah berkumpul dengan memakai baju BERSIH 3.0. Antara yang hadir adalah pelajar-pelajar Malaysia tajaan Kerajaan Arab Saudi yang menuntut di Universiti Islam Madinah termasuk barisan Exco dari Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Madinah atau PERSADA. Turut menyertai mereka beberapa jemaah umrah Malaysia yang kebetulan berada di sana.

Di Madinah mereka yang berkumpul tidak dapat mengadakan majlis dalam masa yang lama kerana bimbangkan polis yang mengawal Masjid Nabawi mengetahui kegiatan mereka. Hanya dengan memakai baju BERSIH dan seterusnya memegang kain rentang BERSIH 3.0 serta mengambil gambar.

Namun begitu polis Masjid Nabawi berjaya juga mengesan aktiviti mereka melalui CCTV dan satu laporan telah dihantar kepada pihak atasan.

Pihak berkuasa tempatan melalui agensi Istikhbarat Al-Fedaraliyah iaitu special branch telah melakukan siasatan tentang Bersih dan dikatakan risikan mereka telah mendapat info penglibatan beberapa NGO antarabangsa yang berkiblatkan yahudi bersama dengan Bersih.

Segala bukti- bukti kukuh dari segi gambar-gambar yang dirakam dari CCTV sekitar Restoran D’Saji, Masjid Nabawi dan yang disebarkan melalui internet kini telah berada di tangan pihak berkuasa Arab Saudi.

Mengikut maklumat yang diterima pada mulanya pihak berkuasa tempatan tidak menyedari pelancaran Bersih 3.0 di Mekah. Mereka hanya dapat mengesan selepas penyiasatan dilakukan berhubung pelancaran di dalam perkarangan Masjid Nabawi Madinah.

Bagi perhimpunan di Mekah, pihak pengurusan D’Saji telah pun diminta untuk memberi perjelasan dan membuat surat akaun menafikan mereka terlibat dalam majlis tersebut.

Difahamkan pihak kedutaan Malaysia juga telah dipanggil oleh pihak berkuasa Arab Saudi untuk siasatan lanjut. Sehingga tulisan ini disiarkan belum ada maklumat lagi samada pihak kedutaan telah bertemu dengan pihak berkuasa Arab Saudi atau pun belum.

Selain itu pihak berkuasa juga sedang mengadakan penyiasatan dan akan menghubungi kafil-kafil (sponsor) para pelajar dan profesional terbabit bagi tujuan siasatan.

Berdasarkan perkembangan di atas, berkemungkinan besar semua pelajar-pelajar Malaysia yang terbabit dan dibawah tajaan Kerajaan Arab Saudi akan dikenakan tindakan sewajarnya , dan bagi yang bukan pelajar tajaan pula mereka mungkin akan dikenakan tindakan lain termasuk kemungkinan diusir keluar dari Arab Saudi.

Kes ini juga berkemungkinan akan menimbulkan masalah kepada hubungan baik Malaysia-Arab Saudi. Ianya boleh memberi kesan kepada kuota jemaah haji dan boleh menyebabkan rakyat Malaysia yang hendak memasuki Arab Saudi akan disaring dengan ketat.

Sumber : sel13.com




5 comments:

  1. ini lah satu tanda kiamat dah dekat..

    ReplyDelete
  2. Demi kuasa politik....
    Tak bolehkah solat hajat???
    Atau takut Allah tunjukkan lebih banyak kejelikan yang tidak menyebelahi???
    Wallahu A'lam..
    Ulamak sepatutnya bebas, dan dapat menegur Umarak, Kalau Ulamak berparti, takkan dia nak kondem parti dia kalau salah dan nak sokong parti lawan kalau tindakan parti lawan betul..

    ReplyDelete
  3. Itu yang jadi kat Dr. Hasan Ali. Bila buat yang betul dipecat pula, dan yang kuat bohong dipilih menjadi kepimpinan tertinggi.. terharu sungguh ambooo..

    ReplyDelete
  4. Yahudi dan Ambiga mula masuk Kota Suci secara senyap...

    ReplyDelete
  5. BN penipo beri IC palsu kat sabah.....
    \

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??