Wednesday 20 June 2012

BANYAK DOSA KHALID PADA RAKYAT SELANGOR !!!


KENYATAAN AKHBAR

15 JUN 2012

MB PERLU MINTA MAAF KEPADA RAKYAT SELANGOR

Saya mendesak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada rakyat Selangor kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Dosa Abdul Khalid paling besar ialah mempolitikkan institusi pendidikan di negeri ini sehingga memberi kepada perkembangan modal insan yang sebelum ini menjadi agenda utama kerajaan Barisan Nasional (BN).

Rakyat Selangor menerima tempias politik Kerajaan Negeri apabila merancang merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur yang dibina untuk memberi peluang pelajar dari kampong bersekolah di sekolah berprestij di bandar.

Malang bagi pelajar luar bandar di negeri ini kerana asrama yang dibina untuk mereka pada pemerintahan BN akan dirobohkan oleh Kerajaan Negeri PKR yang lebih mengutamakan projek komersial.

Kerajaan Negeri juga menyekat peluang pelajar untuk belajar ke peringkat tertinggi apabila mereka dan membatalkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah menyebabkannya dipindahkan ke Jasin, Melaka. 

Ini kerana sikap prejudis Kerajaan Negeri apabila kampus tersebut dibina atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang didakwa kroni Umno. 

Bukankah tindakan ini bersifat politik dan hanya pentingkan diri sendiri?

Justeru saya mahu Abdul Khalid untuk meminta maaf kepada seluruh rakyat Selangor.

Saya turut kesal kerana kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri juga menyebabkan Universiti Selangor (Unisel) mengalami masalah kewangan untuk meneruskan operasi.

Abdul Khalid perlu bersikap telus dengan mendedahkan kedudukan kewangan Unisel kerana saya difahamkam universiti ini mengalami kerugian. Ini merupakan satu pengkhianatan paling besar dan Abdul Khalid perlu bertanggungjawab.

Saya turut mencabar Kerajaan Negeri mengambil tindakan undang-undang terhadap kroni mereka yang terlibat dalam penyelewengan dan salah guna kuasa kerana sehingga kini tiada tindakan diambil terhadap individu yang terlibat penyelewengan.

Kerajaan Selangor mengamalkan kronisme, hingga kini tiada tindakan langsung diambil terhadap mereka termasuklah pihak pengurusan Yayasan Selangor, yang didakwa membelanjakan wang yayasan dengan boros.

Saya cabar Abdul Khalid agar mengambil tindakan terhadap kroninya itu termasuk memecat mereka yang bersalah dalam yayasan itu. 

Individu berkenaan juga sudah mengaku pada Sesi Pendengaran Awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) tetapi Abdul Khalid hanya pekakkan telinga dan butakan mata.

Laporan Audit juga menunjukkan terdapat 12 kes penyalahgunaan kuasa, pelanggaran tatacara kewangan dan etika urus tadbir yang baik yang telah dilakukan oleh Pengurus Besar Yayasan Selangor yang dilantik oleh Abdul Khalid sendiri.


Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??