Tuesday 21 August 2012

PAKATAN HARAM MAKIN TERSEPIT, TERHIMPIT DAN TERDESAK !!! DESPERADO !!!


“Apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan semuanya dianggap berkepentingan politik”.

Demikian respon Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengulas mengenai penganjuran Himpunan Janji Bersih sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 susulan kepada lapan tuntutan Bersih 2.0.

Katanya, tindakan menganjurkan himpunan berkenaan semestinya membuktikan bahawa pihak pembangkang sekarang ini mengamalkan sistem politik sempit dimana golongan itu lebih cenderung mencetuskan huru hara berbanding menjaga keamanan rakyat.

Menurut Zambry lagi, kumpulan tersebut hanya menganjurkan himpunan berkenaan semata-mata kerana tidak bersetuju dengan tema kemerdekaan yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Sekarang ni segala-galanya sudah dipolitikkan dan apa saja yang nak dilakukan oleh kerajaan dianggap mempunyai kepentingan politik sedangkan selama ini juga ada tema-tema yang berkaitan dasar kerajaan sebelum ini digunakan untuk perayaan tertentu namun tidak pula dipertikaikan.

“Yang diambil itu bukanlah semata-mata atas nama parti tapi atas dasar yang kerajaan nak terapkan dan maklumkan rakyat dan bukannya merupakan dari parti politik yang mahukan ia mengikut acuan tertentu.

Zambry menambah, bagi pihak mana sekali pun selain puak-puak Pakatan Rakyat apabila ia mengambil tema tertentu maka ia diangap berkepentingan politik.

“Umpamanya sekiranya mereka menggunakan tema tertentu maka kita juga akan bertindak seperti mereka… Kalau mereka nak bermain semuanya politik maka kita pun akan menganggap itu sebagai tema politik.

Bagaimanapun jelas Zambry, sebarang pertikaian yang dilakukan haruslah melepasi tahap-tahap politik yang keterlaluan dan sempit.

Jika tidak katanya, segala-gala yang dilakukan atau bakal dilaksanakan akan dianggap berdasarkan politik.

“Ini adalah sesuatu yang tidak boleh kita buat… dan saya anggap tindakan yang dilakukan mereka ini merupakan satu tindakan yang terdesak,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Menteri Besar petang tadi.

- Perak Today -

Perkataan "Janji Bersih" tu dah macam tiru "Janji Ditepati".

Nampaknya Pakatan Haram ni dah ketandusan idea dalam tema demonstrasinya sendiri.

Apepun, puak Pakatan Haram ni memang expert bab-bab demonstrasi ni dan yang nyata 28 juta penduduk Malaysia pula adalah pencinta keamanan.

Hanya minoriti penduduk Malaysia yang bangang dan jumlahnya tidak sampai pun 1/10 dari total penduduk Malaysia malah 1/100 pun tidak sampai.

Nak buat demonstrasi pun menumpang sambutan malam Kemerdekaan Malaysia.

Hahaha... memang buat lawak antarabangsa betul...

Kesian.. Pakatan Haram makin tersepit, terhimpit dan terdesak !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??