Tuesday 18 September 2012

NGEH NGOK NGEK BABI ?!! MAHCAM SHIYAL !!!


Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan kenyataan Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham dalam laman twitternya mengenai filem antiIslam "Innocence of Muslims" sebagai satu provokatif.

Beliau berkata walaupun kenyataan pengerusi DAP Perak itu meletakkan tanda soal, namun ia mendukacitakan seluruh umat Islam.

"Koo Ham harus berhati-hati keluarkan kenyataan. Saya tahu dia akan balas balik bahawa dia bukan membuat kenyataan tetapi pertanyaan namun pertanyaan itu adalah sangat provokatif," katanya kepada pemberita selepas Hari Bertemu Pelanggan di sini, Selasa.

Ngeh menerusi laman twitternya mengeluarkan kenyataan "Khairy wants muslim protest against Sam Bacile. 
For Islam or for his political gains? Are muslims wasting too much time and energy on this?". (Khairy (Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin) mahu umat Islam mengadakan bantahan terhadap Sam Bacile. Untuk Islam atau untuk kepentingan politik beliau? Adakah umat Islam menghabiskan terlalu banyak masa dan tenaga ke atas perkara ini?).

Filem antiIslam 'Innocence Of Muslims' yang menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam, arahan Sam Bacile, 52, dari California yang disiarkan dalam laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan orang Islam di seluruh dunia.

Sementara itu, Gerakan Belia 4B Perak hari ini membuat laporan polis terhadap Ngeh di Balai Polis Sungai Senam di sini pada kira-kira pukul 3.30 petang.

Exconya, Muhamad Iqbal Jamal Jamaludin berkata perkataan yang digunakan pemimpin DAP itu jelas menggambarkan sokongannya terhadap filem tersebut selain memperlekehkan perjuangan umat Islam seluruh dunia yang mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW.

"Mempertahankan maruah Nabi Muhammad SAW adalah sebahagian daripada kewajipan setiap umat Islam dan perbuatannya (Ngeh) mengeluarkan ayat-ayat seperti itu yang begitu celupar jelas menunjukkan dia tidak mempunyai sensitiviti terhadap orang Islam," katanya. -BERNAMA



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??