Wednesday 24 October 2012

LAGU 'HARAPAN BANGSA' MENYALAHI UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN !!! AMBIL TINDAKAN TEGAS !!! @NajibRazak


Salam to all.

Agak menyedihkan bila dilihat situasi didalam Malaysia kebelakangan ini.

Provokasi terhadap bangsa Melayu dan juga agama Islam semakin menjadi-jadi dan dilakukan dengan sangat terbuka.

Kenapa perkara sebegini terjadi sedangkan selama ini tidak pernah wujud perkara sebegini ???

Terbaru, Malaysia digemparkan dengan tersebarnya di media maya satu video klip nyanyian Jacklyn Victor yang menyinggung umat Islam di Malaysia.

Video klip pelbagai versi imej lagu Harapan Bangsa ini telah dimuatnaik di Youtube.

Penyanyi yang menyanyikan lagu ini tiada masalah tetapi lirik lagunya telah mencetuskan kontroversi.

I4TT tak yakin sangat dengan tuduhan bahawa Jacklyn adalah proksi pembangkang kerana Jack pernah banyak kali dilihat dalam aktiviti yang mesra Kerajaan.

Kali terakhir I4TT bertemu Jack dan sempat bergambar bersama adalah semasa Pelancaran Hari Jutaan Belia oleh YAB TPM Tan Sri Muhyiddin di Sunway.

Semalam, pertama kali I4TT dengar lagu ni (Harapan Bangsa) di Youtube dan didengar sebanyak 3 kali sambil cuba memahami bait-bait liriknya.

Jelas dan nyata, lagu ini bagaikan satu amaran kepada Umat Islam di Malaysia bahawa Kristian akan menjajah Malaysia !!!

Dalam erti kata lain, agama persekutuan Malaysia bakal ditukarkan.

Jom aku terangkan setiap bait lagu ni untuk lebih jelas lagi.

Bapa engkaulah harapan negara ini
Kaulah satu-satunya harapan di bumi Malaysia
Yesus engkaulah harapan segala bangsa
Nyatakan lah kebenaran mu


"Kaulah 'satu-satunya harapan' di bumi Malaysia" ???


"Yesus engkaulah harapan segala 'bangsa'" ???

Bukan semua bangsa itu beragama Kristian, adakah mereka lupa bahawa majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam ???

Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia


"Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa Kan 'menyembah' di tahta mu" ???


Adakah ini amaran bahawa semua penganut agama lain selain kristian akan bertukar agama kepada kristian ???

Harapanku
Tuhan pulihkan negaraku Malaysia
Kaulah satu-satunya harapan segala bangsa
Beri pengharapan kepada yang terhilang
Bebaskan semua pemulihan mu


Dan sekali lagi... "kaulah 'satu-satunya harapan' segala bangsa beri pengharapan kepada yang terhilang" ???


Seperti umum ketahui, modus operandi dalam agenda memurtadkan umat Islam biasanya dilakukan dengan mensasarkan golongan susah.

Kemudiannya pihak gereja akan menusuk jarum secara halus dan perlahan selepas memberikan bantuan kewangan dan sebagainya sehingga mangsa akhirnya murtad.

Modus operandi ini telah terdedah malah ini juga cara yang dilakukan di semua negara terutama negara yang mundur dan bergolak.

Malaysia arah tujuanmu kan berubah
Engkau tidak akan sama lagi
Engkau akan melihat perubahan nyata
Setiap bangsa kan mengalami pemulihan pemulihan


Okey, ini final part.

Setiap bait pada rangkap terakhir ini memberikan satu amaran tegas bahawa Malaysia akan berubah arah tuju.

Negara Islam kepada negara Kristian ???

"Setiap Bangsa" akan alami pemulihan ???

Korang dah tengok video klip lagu ni ???


Pada setiap bait yang menyebut "setiap bangsa", imej ini pasti akan ditunjukkan.

Apa pendapat korang ???

Korang semua dah besar panjang dah boleh berfikir apa yang aku fikirkan.

Aku bukan nak prejudis terhadap lagu ni, tetapi ini hakikat di Malaysia yang sebenar.

Senario politik kita pada hari ini sebagai contoh, telah banyak menunjukkan pelbagai kemungkinan jika pentadbiran negara bertukar.

Kehendak pembangkang yang mahukan Malaysia menjadi negara sekular dan bukan negara Islam.

Reaksi pembangkang terhadap negara Islam yang cukup negatif malah pemimpin sebuah parti yang mendakwa mereka mendukung Islam juga turut menyatakan bahawa Negara Islam tiada dalam agenda Pakatan.

Desas desus untuk menghapuskan hak-hak kaum Melayu dan Bumiputra yang termaktub didalam perlembagaan juga semakin kuat desakannya (rujuk entri sebelum ini).

Malah, terdapat juga pertemuan parti pembangkang dengan pastor kristian untuk bekerjasama menukar agama rasmi Malaysia kepada agama Kristian.

Apakah perkara sebegini tidak membimbangkan umat Islam ???

Malah sebelum ini I4TT pernah mengulas lanjut dan berulang kali tentang agenda kristianisasi ini.

Gerakan memurtadkan umat Islam ini telah bermula dari peringkat kanak-kanak sekolah rendah lagi.

Untuk ketahui ulasan terperinci I4TT boleh rujuk di SINI.

Sekiranya penganut agama Kristian mahu melakukan doa mereka, buat sahajalah di gereja dan tidak perlu disebarkan dikhalayak umum.

Menyebarkan ajaran agama lain secara terbuka adalah menyalahi undang-undang dan perlembagaan.

Agak mengejutkan bila lagu ini tersebar luas di Youtube dan tiada tindakan diambil.

Aku antara peminat Jack, namun untuk kali ini... Sorry Jack, my votes not gonna be on you.

Sayangnya bila bakat besar sebegini, menjadi kambing hitam pihak tertentu dalam menyebarkan ajaran agama lain secara terbuka yang secara jelas dan terang adalah salah disisi undang-undang dan perlembagaan.

Kenapa Jack tidak memikirkannya sebelum bersubahat bersama pihak ini ??? 

I4TT harap pihak KPKK khasnya dan Kerajaan umumnya perhalusi perkara ini dan ambillah tindakan tegas demi keharmonian agama dan bangsa di Malaysia ni.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??