Tuesday 23 October 2012

PANAS !!! NIK AJIS MELETAKKAN JAWATAN ?!!



Sudah pastilah ramai pemimpin dan penyokong Pas tidak selesa apabila ada pihak yang cuba mendesak Nik Aziz berundur daripada jawatan Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am Pas.

Walaupun mereka memahami keterbatasan yang ada kepada tok guru yang sudah 45 tahun berkecimpung dalam dunia politik namun mereka tidak mahu meminta beliau berehat.

Bagi sesetengah pemimpin dan penyokong Pas, Nik Abdul Aziz adalah tonggak kekuatan parti itu sama ada di Kelantan atau seluruh negara.

Sebut sahaja siapa sahaja dalam Pas sama ada Hadi Awang, Harun Taib, Haron Din atau Azizan Abdul Razak, kesemua mereka dianggap tidak mampu menandingi populariti Nik Abdul Aziz.

Malahan ada yang menilai kekuatan Pas banyak bergantung kepada Nik Aziz terutamanya di Kelantan. 

Tanpa beliau belum pasti Pas akan mampu berdiri megah sejak 1990 di negeri Cik Wan Kembang itu.

Selain Pas yang dilihat begitu bergantung kepada Nik Abdul Aziz, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga mahu Menteri Besar Kelantan itu terus berada dalam kepimpinan Pas.

Mereka tidak mahu Nik Aziz berundur kerana pengaruh beliau amat penting dalam usaha untuk memastikan penyokong-penyokong Pas terus memberi sokongan kepada pakatan pembangkang.

Tambahan pula Nik Aziz sering dilihat pembela paling utama pemimpin-pemimpin pembangkang yang berhadapan dengan masalah.

Bagaimanapun sama ada penyokong Pas mahupun pakatan pembangkang, mereka terlupa bahawa populariti Nik Aziz bukanlah seperti dahulu lagi.

I4TT masih ingat bagaimana satu ketika dahulu, pemimpin-pemimpin UMNO di Kelantan cukup berhati-hati kalau diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, mereka bimbang kenyataan yang dibuat boleh mengurangkan sokongan.

Mereka takut kalau-kalau kenyataan membidas Nik Aziz akan memberi kesan kepada sokongan politik mereka kerana kononnya  Nik Aziz cukup dihormati seluruh lapisan rakyat Kelantan.

I4TT tidak menafikan fakta berkenaan kerana Nik Aziz adalah pemimpin paling popular dalam kalangan penyokong pembangkang bukan sahaja di negeri tersebut tetapi juga di seluruh negara.

Mungkin faktor-faktor inilah yang menyebabkan Nik Aziz sukar untuk bersara. 

Sebab itulah beliau menyatakan pada 3 Februari lalu bahawa beliau pernah menyatakan hasrat untuk berundur tetapi ditolak oleh Pas Kelantan.

"Saya nak sebut satu rahsia untuk tidak bertanding, tapi disergah oleh Pas Kelantan, inilah yang menyebabkan saya terus dalam politik sehingga ke hari ini," kata Nik Aziz ketika itu.

Jesteru timbul persoalan bilakah Nik Aziz akan bersara dan menyerahkan kedudukannya kepada pemimpin lain dalam Pas ???

Sebenarnya, apa yang perlu diakui oleh pemimpin dan penyokong Pas ialah Nik Aziz tidak begitu berpengaruh seperti suatu masa dahulu.

I4TT diberitahu bagaimana di warong-warong kopi di Kelantan, sudah ada keberanian di kalangan rakyat negeri itu untuk mengkritik Nik Aziz secara terbuka. 

Mereka tidak segan silu atau takut-takut lagi seperti mana sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan suatu ketika dahulu.

Walaupun keputusan pilihanraya umum 2008 menyaksikan Pas terus berkuasa di Kelantan namun populariti Nik Aziz semakin merudum.

Selain tindak tanduk beliau mengenai kenyataan-kenyataannya yang acap kali mencetuskan polemik, corak pentadbiran Pas Kelantan juga turut menunjukkan pelbagai kelemahan.

Keputusan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai tidak berapa lama dulu menyaksikan Pas menang dengan majoriti tipis 56 undi diikuti dengan kekalahan di DUN Galas sudah menjadi bukti bahawa Pas tidak boleh bergantung kepada Nik Aziz selama-lamanya.

Tambahan pula ketika ini, pelbagai kelemahan pentadbiran kerajaan Pas Kelantan semakin terdedah dan menyaksikan bagaimana sudah ada dalam fikiran rakyat negeri itu mahu mengubah haluan politik mereka.

Keadaan ini berlaku kerana dalam Pas, mereka terlalu takut untuk meminta Nik Aziz berundur biarpun mereka tahu sejauh manakah kudrat Mursyidul Am berusia 81 tahun tersebut.

Mungkin kerana keadaan itulah, Nik Aziz pernah berkata, beliau tidak akan menetapkan sebarang tempoh masa untuk berundur serta tidak akan tunduk kepada tekanan dan gesaan daripada luar parti itu.

"Saya sendiri lebih tahu mengenai kesihatan saya dan parti (Pas) lebih tahu keadaan dan kedudukan saya. Kalau saya rasa kesihatan saya semakin teruk atau parti minta saya berundur, saya berundur.

"Selagi tubuh saya sihat dan parti tidak minta saya berundur, saya tidak akan berundur," kata Nik Aziz dalam satu majlis baru-baru ini.

Persoalannya siapakah di dalam PAs yang berani meminta Nik Aziz untuk berundur ??? 

Apatah lagi pemimpin-pemimpin Pas amat bergantung kepada populariti tok guru itu seolah-olah 'Nik Aziz itu Pas dan Pas adalah Nik Aziz'.

Tafsiran ini berlaku kerana biar pun Pas mempunyai Presiden dan barisan kepimpinan politiknya, namun populariti dan pengaruh mereka tidaklah sehebat Nik Aziz.

Mereka tidak mahu jika Nik Aziz benar-benar bersara, ia akan menyebabkan pengaruh Pas juga merosot dan paling ditakuti ialah krisis politik di Kelantan berikutan persaingan untuk mengantikan Nik Aziz. 

Oleh itu tidak perlulah mana-mana pihak menaruh harapan bahawa Nik Aziz tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang atau bersara daripada politik.

Apatah lagi sudah ada ura-ura Menteri Besar yang sudah 22 tahun memimpin Kelantan itu akan bertanding di kerusi parlimen dan DUN dalam pilihan raya Umum ke-13.

"Boleh jadi ya dan boleh jadi tidak. Semuanya ada kemungkinan. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing berhubung desas-desus ini. Mungkin kalau dilihat dari segi kesihatan akan ada yang kata tahap kesihatan membataskan beliau (Nik Abdul Aziz) untuk bertanding dua kerusi. Namun harus diingat, beliau mempunyai aura tersendiri yang mungkin diperlukan oleh pakatan pembangkang.

"Langkah meletakkan Mursyidul Am Pas di kedua-dua kerusi berkenaan dilihat akan memberi kelebihan kepada pakatan pembangkang terutamanya Pas kerana ia akan memberi keyakinan kepada rakyat untuk menyokong parti itu memandangkan beliau dilihat tokoh yang mampu memimpin Kelantan dan Malaysia amnya," Kata bekas Pengarah Plihan Raya Pas Kelantan, Abdul Fatah Haroon kepada sebuah portal berita baru-baru ini.

Begitu hebatnya sandaran pakatan pembangkang terutamanya Pas kepada Nik Aziz.

Bagaimanapun satu perkara yang sering dilupakan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong tentang Nik Aziz ialah rakyat tahu menilai sejauh manakah kemampuan Menteri Besar Kelantan itu untuk terus berpolitik.

Mungkin Pas boleh terus bergantung kepada Nik Aziz namun semua itu tidak akan mendatangkan kebaikan kepada parti itu di masa depan.

Bak kata ADUN Gaal, Dr. Nik Mazian Mohamed, pemimpin Pas tidak wajar 'melepaskan baton' hanya selepas mereka 'lenguh di tengah jalan.' 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??