Saturday 27 October 2012

RONNIE LIU KAKI FITNAH !!! 3 LAPORAN POLIS DIBUAT !!!



Pihak polis digesa untuk melakukan siasatan terhadap Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang didakwa berniat jahat dengan membuat tuduhan palsu terhadap ahli parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan berkenaan sebuah projek kondominium di Batu Caves.

Pegawai khas kepada ahli parlimen Hulu Selangor, S Yogendran dan Ketua Putera MIC, M Yuktesvaran, kedua-duanya telah melakukan laporan polis berasingan semalam, di balai polis Jalan Travers terhadap dakwaan Liu.

Mereka mendakwa Liu melakukan serangan peribadi dan berniat jahat dengan mengaitkan nama Kamalanathan, salah seorang daripada ahli Majlis Perbandaran Selayang yang telah meluluskan projek tersebut pada tahun 2007.

Yogendran dan Yuktesvaran, dalam laporan polis tersebut, berkata Kamalanathan telah menamatkan perkhidmatan sebagai ahli majlis pada tahun 2006.

“Kami yakin Liu telah memberikan kenyataan palsu dengan niat untuk mencalarkan imej dan nama baik Kamalanathan sebagai ahli parlimen,” kata mereka. - KLpos

Rujuk SINI untuk kisah masyarakat India Batu Caves yang diugut pakatan haram ini.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??