Wednesday 3 April 2013

TERKINI LIVE !!! PARLIMEN BUBAR !!! THE REAL FIGHT BEGIN !!!




Korang dah tengok TV ???

Baru je sebentar tadi, Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak mengumumkan pembubaran Parlimen.


Ia disiarkan secara langsung ke seluruh negara melalui semua saluran televisyen.

Selepas pembubaran yang dibuat melalui perkenaan Yang Dipertuan Agung, maka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bersidang bagi menentukan tarikh penamaan calon diikuti tempoh berkempen dan hari pengundian.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Malaysia, pagi ini saya mengadap Yang Dipertuan Agung memohon Parlimen ke-12 dibubarkan hari ini.

"Sehubungan dengan itu, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, baginda memberikan perkenan Parlimen dibubarkan," katanya.

Beliau berkata, pembubaran itu membuka laluan untuk Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13.

Akhirnya... The real fight begin !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??