Tuesday 21 May 2013

BILA PEMIMPIN SIBUK DEMO NAK JATUHKAN KERAJAAN - NYAWA RAKYAT YANG TERABAI !!! #BetterNation



KEADAAN tebing jalan yang runtuh di Jalan Besar berhampiran Jalan Inai, Bukit Beruntung menghala ke Bukit Sentosa, Hulu Selangor di sini terus membimbangkan pengguna yang melalui jalan tersebut.



Ini berikutan sehingga kini tiada sebarang tanda kerja-kerja baik pulih dilaksanakan pihak bertanggungjawab.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi hari ini mendapati keadaan tebing jalan runtuh yang panjangnya kira-kira dua meter dengan kedalaman setinggi setengah kaki itu benar-benar membahayakan.

Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, sebuah kon keselamatan kelihatan diletakkan di kawasan berhampiran.

Utusan Malaysia difahamkan, para peniaga di kawasan sekitar sendiri tidak mengetahui puncanya dan difahamkan kejadian terjadi sejak dua minggu lalu.

Sehubungan itu pihak bertanggungjawab diminta segera melaksanakan kerja-kerja baik pulih demi keselesaan dan keselamatan pengguna. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??