Thursday 30 May 2013

WAJIB BACA - KERAJAAN BN ZALIM !!! #BetterNation #Genius #BNBagus


Petang ni, aku nak share dengan korang cerita seorang anak muda yang bergelar Mahasiswa.



Anak muda ini Mahasiswa UiTM, seorang anak kelahiran Kelantan.

Sebuah cerita yang agak menarik...

Kerajaan BN zalim ??? 

This is my story.

Saya seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Teknologi MARA. 

Alhamdulillah saya diterima menyambung pengajian di sebuah universiti yang begitu banyak dibantu kerajaan. 

Yuran pengajian UiTM adalah yang terendah di Malaysia. 

Atas peruntukan kerajaan yang besar terhadap UiTM, ramai mahasiswa UiTM yang mendapat bantuan zakat dan elaun makan. 

Bagi yang mempunyai masalah kewangan, disediakan pula bantuan kebajikan. 

Atas kerjasama Dato' Seri Najib, ramai rakan-rakan yang tidak berkemampuan dapat menyambung pelajaran ke UiTM melalui program Mengubah Destini Anak Bangsa. 

Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) sememangnya banyak membantu mahasiswa sehingga dilema apa lagi nak dibeli untuk menghabiskan baucer kerana jumlahnya sangat banyak. 

Alhamdulillah kerajaan dalam manifesto BN bercadang menaikkan lagi jumlah BB1M dari RM250 ke RM300.

Alhamdulillah apabila masuk sahaja ke UiTM, saya terus memohon pinjaman PTPTN dan mendapat wang dalam masa yang singkat. 

Kini, syukur Allah memberi rezeki lebih apabila saya mendapat biasiswa JPA. 

Terima kasih kerajaan Malaysia kerana menyediakan peruntukan dari segi pinjaman dan biasiswa kepada anak-anak muda untuk menyambung pengajian.

Keluarga saya pula, diketuai oleh ibu dan bapa saya yang mana kedua-duanya adalah penjawat awam. 

Dari dahulu sehingga sekarang mereka banyak dibantu kerajaan dan melalui perkhidmatan merekalah mereka mampu menyara saya dan adik beradik. 

Adik pertama saya mendapat tajaan MARA untuk menyambung pengajian ke Brunel University, United Kingdom. 

Alhamdulillah segala kos hidupnya ditanggung oleh MARA.

Adik kedua saya pula masih belajar di sekolah rendah dan bakal menghadapi UPSR tahun ini. 

Alhamdulillah kerajaan memberikan bantuan RM100 untuk pelajar-pelajar sekolah. 

Yuran pendidikan sekolah rendah juga telah dimansuhkan. 

Pinjaman buku teks juga diberikan secara percuma.

Adik bongsu saya juga belajar di sekolah di kelas pendidikan khas. 

Adik bongsu saya adalah seorang kanak-kanak kelainan upaya atau OKU. 

Alhamdulillah kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat memberikan bantuan RM150 sebulan bagi kanak-kanak OKU yang bersekolah.

Seluruh keluarga saya begitu banyak dibantu kerajaan dari pelbagai sudut. 

Maka saya beranggapan tidak perlu dipersoalkan mengapa kami sekeluarga berterima kasih kepada kerajaan dan terus menyokong kerajaan sedia ada.

Sekali lagi timbul persoalan, zalimkah kerajaan BN ???

- Haikal Shafie -


2 comments:

  1. Ini org yg berakal...bukan taksub membabi buta
    Dah la kerja kat negeri BN..mewah..tak bersyukur balik kelate undi pas. Dia tak rasa apa apa sebab tak duduk sana. Habis undi tinggalkan kelate.

    Org yg benar benar duduk kelate nak berubah terus begitu tak berubah... Masih muda tapi berfikir dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. sy dr jb. kebanyakan masalah sosial kat jb ni, punca dr org2 kelantan x sedar diri. kebanyakan masalah mcm meragut, merompak, dadah, pukul anak bini, kebanyakan yg terlibat dr kelantan. kebanyakan pelacur n gro pun dr kelantan. dpn rumah sy ada 6 ekor betina kelantan duduk menyewa. baju yg diorang pki, dh mcm pelacur. siap bwk masuk jantan dlm rumah lg. selalu balik tgh2 malam dlm keadaan mabuk. klu boleh nak halau semua org kelantan kat jb ni.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??