Monday 4 November 2013

PAHANG TUNDUKKAN KELANTAN !!! #SudahKalahKalahLah #LainKaliLah #PialaMalaysia


Hari ini sejarah tercipta bilamana Pahang tewaskan Kelantan.



Pahang muncul juara mengalahkan Kelantan 1-0 bagi menjulang Piala Malaysia.

Tidak sia-sialah penantian "Semangat Tok Gajah" selama 21 tahun untuk menjulang Piala Malaysia.

Permainan malam ini bolehlah dikatakan satu taktikal yang berkesan daripada Dollah Salleh.

Penguasaan dibahagian tengah menjadi kunci untuk kejayaan Pahang pada malam ini.

Pada pandangan peribadi aku, pasukan Kelantan mempunyai serangan yang baik namun pertahanan Pahang adalah yang terbaik sekali pada malam ini.

Aku harap malam ni, tak akan ada insiden Stadium yang kena bakar la yer...

Hahaha...

Tahniah Pahang !!!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??