Wednesday 15 January 2014

"SULTAN" KENA TAHAN !!! DOWNLOAD TONGKU SEMBAH PATIK HARAP DIUPLOAD !!!


Seorang lelaki yang mendakwa sebagai pewaris takhta Kesultanan Melaka, Noor Jan Tuah, 56, atau lebih dikenali sebagai Raja Noor Jan Shah ditahan sepasukan polis di Jeti Anjung Batu, Serkam dekat sini hari ini.



Noor Jan ditahan kira-kira pukul 10.50 pagi ketika sedang ditemu bual wartawan daripada Utusan Malaysia, Kosmo dan Harian Metro di jeti tersebut.

Lelaki itu berada di jeti berkenaan bersama-sama lebih 30 pengikutnya untuk menaiki feri menuju ke Pulau Besar bagi menghadiri majlis jamuan kesyukuran sempena sambutan Maulidur Rasul.

Sebaik sahaja ditahan, Noor Jan dibawa menaiki van ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, Noor Jan ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 untuk siasatan lanjut berhubung lapan laporan polis yang dibuat oleh individu dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Menurutnya, lapan laporan polis itu antara lain menyatakan rasa tidak puas hati dan kegusaran rakyat di negeri ini berhubung tuntutan Noor Jan untuk mengiktiraf dirinya sebagai Sultan Melaka.


''Situasi yang telah digembar-gemburkan oleh Noor Jan membuat rakyat Melaka berasa curiga atas kebenaran dakwaannya dan lelaki ini juga telah berjaya meraih sokongan daripada masyarakat.

''Mereka mahu polis menjalankan siasatan kerana tingkah laku Noor Jan melalui media sosial telah menghina sistem kerajaan yang telah lama wujud di negeri ini. Lelaki ini juga tahu kerajaan negeri tidak mengiktirafnya sebagai Sultan Melaka," katanya dalam sidang akhbar di IPD Melaka Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut Raja Shahrom berkata, mengikut keterangan awal, Noor Jan berasal dari Kampung Teluk Perang, Parit, Perak dan menetap di tiga tempat berasingan iaitu di Kampung Seri Kinta, Perak; Batu Caves, Selangor dan Jalan Sungai Pusu, Gombak.

Selain itu katanya, lelaki tersebut juga mempunyai lima nama lain iaitu Noor Jan Sah Tuah Shah, Raja Alang Noor Jan Raja Tuah, Yang Maha Mulia (YMM) Raja Noor Jan Shah Ibni Yang Mulia (YM) Raja Tuah Shah, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Paduka Seri Sultan Ahmad Shah Ke-44 dan Pak Ungku.

Menurutnya, Noor Jan telah memberikan kerjasama sewaktu ditahan polis dan beliau tidak memiliki sebarang senjata melainkan dua buah telefon bimbit.

''Kita bawa beliau ke IPD Melaka Tengah untuk tujuan siasatan menyeluruh termasuk dakwaan Noor Jan bahawa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengiktirafnya sebagai Sultan Melaka," katanya.

Ditanya adakah isteri dan penyokong lelaki itu akan ditahan polis, Raja Shahrom berkata, keadaan itu bergantung kepada hasil siasatan yang akan dijalankan nanti.

Menurutnya, berdasarkan maklumat awal, Noor Jan banyak melakukan aktiviti untuk menghasut dan meraih sokongan rakyat di negeri ini agar menerimanya sebagai Sultan Melaka antaranya majlis jamuan kesyukuran penyembelihan seekor kambing di Pulau Besar hari ini. - UTUSAN




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??