Sunday 22 June 2014

LAGI ADUN DAP MATI !!!


Parti Tindakan Demokratik (DAP) malam ini kehilangan seorang ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Kawasan Bukit Assek yang meninggal dunia setelah berada dalam keadaan koma sejak awal Mei lalu.



ADUN terbabit Wong Ho Leng telah dirawat di Rejang Medical Center, Sibu akibat sakit barah otak. Pada 2 Mei 2014 yang lalu beliau berada dalam keadaan koma.

Bagaimanapun tiada pilihan raya kecil akan diadakan kerana tarikh akhir mengadakan pilihan raya kecil bagi kerajaan negeri Sarawak penggal ini ialah 20 Jun 2014.

Mendiang menjadi ADUN kawasan ini sejak 2006. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Sibu apabila menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010.

Undang-undang pilihan raya negara ini menetapkan tiada lagi pilihan raya kecil selepas genap tiga tahun pemerintahan sesebuah kerajaan negeri atau persekutuan.

[ SUMBER ]



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??