Sunday 31 August 2014

ABANG LAKSANA PESANAN MAMA BUAT JENAZAH ADIK BONGSU, CO-PILOT #MH17

Ahli keluarga FO Muhammad Firdaus Abdul Rahim di Amsterdam)

Alhamdulillah, akhirnya jenazah First Officer Firdaus Rahim telah pun release dan JAKIM telah selesai memandikan serta mengkafankan jenazah sebelum majlis tahlil dan solat jenazah malam semalam di The Hague, Amsterdam.



Waris Allahyarham tempuh berbagai dugaan untuk jenazah adik mereka mendapat pelepasan.

Untuk cerita sebelum ini, KLIK SINI.

“Alhamdulillah, selesai sudah solat jenazah dan majlis tahlil buat Allahyarham Jaja (FO Firdaus Rahim) dan Kapten Wan Amran,” ujar abang Allahyarham Firdaus, Mohd Fariz Abdul Rahim. 

“Kami semua rasa amat bersyukur kerana penantian kami selama ini dan doa kami selama ini dimakbulkan Allah. Tidak terkata rasa syukur ini walaupun sebak rasa hati ini kerana hakikat adik kami telah tiada kini nyata dan amat terasa sekali,” luah Fariz.

“Sebelum kami berlepas ke sini (Amsterdam), Mama ada bisik di telinga dan berpesan pada saya – bawa balik adik kamu, tolong tengokkan keadaan dia dan kirimkan salam Mama pada dia. Semalam kami diberikan private moment dengan jenazah dan saya telah laksanakan semua pesanan Mama.”

“Rasa sedih sangat masa itu dan rasa hendak menangis, tetapi oleh kerana saya sahaja waris lelaki yang ada disini, jadi saya kena kuat dan tabah demi Arwah Jaja. Kakak dan adik perempuan saya menangis tidak dapat menahan kesedihan, jadi saya kena kuat untuk mereka,” tambah Fariz.

Cerita penuh mereka KLIK SINI



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??