Thursday 24 March 2016

#PABM 2016 KIAN SENGIT !!!

10 yang layak ke separuh akhir
Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2016 (PABM 2016) menjalani peringkat suku akhir di Hotel RHR Uniten, di sini semalam.



Daripada 20 peserta yang melepasi ujian saringan semalam, hanya 5 peserta terbaik dipilih untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Bagi kategori Antarabangsa, peserta yang terpilih ialah Megan Rose Donelly (Amerika Syarikat), Rebecca Clare Lawrance (Australia), Wang Jialu @ Aleeya (China), Hatsune Yanai (Jepun) dan Han Jun Beom (Korea Selatan).

Pada pertandingan tahun lalu, peserta dari Amerika Syarikat berjaya merangkul gelaran naib juara manakala peserta dari Australia menduduki tempat ketiga.


Bagi Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula peserta yang terpilih ke peringkat seterusnya ialah Mashal Kasem Alqudah (Iraq) yang mewakili Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nasear Slayman dari Kemboja (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia – UIAM), Hassan Radwan dari Palestin (UIAM), Abdalla Hassan Gharib dari Tanzania (Universiti Malaysia Sarawak – UNiMAS) dan Anas Mohammad Husian Kassim dari Iraq (Universiti Malaysia Perlis – UNiMAP).

Pelajar tahun akhir di UiTM, Muhammad Haziq Jamaludin dan Irfan Mohammad Fairus (Malaysia) pula diumumkan sebagai peserta yang terpilih ke peringkat separuh akhir bagi kategori Alam Melayu bersama tiga peserta lain iaitu Nur Afiqah Binti Mokhtar Kamarudin (Singapura), Muhammad Sa’mae (Thailand) dan Siti Nazurah Syamim Binti MD. Yussof (Brunei).

Peringkat separuh akhir diadakan bagi setiap kategori di tempat yang sama hari ini, untuk memilih peserta yang layak ke peringkat akhir yang dijadualkan pada Jumaat ini.


Kemuncak PABM 2016 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) akan turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak. – MYNEWSHUB.CC

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??