Saturday 26 March 2016

PESERTA #PABM LAWAT DBP UNTUK KENAL ASAL USUL BAHASA MELAYU


PARA peserta pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2016 dibawa ke Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, pada Jumaat bagi menghadiri lawatan ilmiah.



Program yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengenali dengan lebih dalam asal-usul bahasa Melayu serta cara-cara untuk mengembangkan lagi pengguna bahasa tersebut mengambil konsep lawatan sambil belajar.

Acara dimulakan dengan serangkap pantun daripada pihak DBP ketika menyampaikan ucapan alu-aluan yang kemudiannya disusuli tepukan gemuruh daripada hadirin.

Selepas selesai sesi pengenalan daripada pengacara, wakil daripada DBP, Abang Patdeli Abang Muhi memberikan ucapan kepada semua peserta PABM 2016 yang hadir.


Beliau menerangkan bahawa tanggungjawab mereka adalah untuk membina dan mengembangkan bahasa Melayu, termasuk membakukan ejaan dan sebutan, serta membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.

Umumnya ujar beliau lagi, bahasa Melayu adalah bahasa yang begitu mudah dipelajari disebabkan penggunaan sistem ejaan syllables.


Program diteruskan lagi dengan lawatan ke bahagian pameran pencetakan, dengan peserta berpeluang melihat pelbagai jenis buku yang dikeluarkan DBP sama ada dari cetakan yang lama serta baharu.

Peserta juga berpeluang mengenali berbagai-bagai jenis majalah terbitan DBP iaitu majalah Pelita Bahasa, Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Pelajar dan lain-lain.


Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dan jamuan ringkas yang diadakan di tingkat tertinggi menara DBP dengan peserta PABM dapat menyaksikan pemandangan indah sekitar bandar raya Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??