Tuesday 24 May 2016

PERANGAI MUSIBAT RAKYAT MALAYSIA JADI PUNCA KEMATIAN DUA BERADIK !!!


Pada 22hb Mei 2016, jam lebih kurang 3.30 petang telah berlaku kemalangan di Lebuhraya PLUS berhampiran susur keluar tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, di mana dua orang penunggang dan pembonceng motosikal yang merupakan adik dan abang telah melanggar sebuah kereta rosak di bahu lebuhraya.

Kedua-dua beradik ini mengalami kecederaan serius di kepala (head injuries) dan memerlukan rawatan segera, namun ambulans dan bomba tiba begitu lewat hampir 3 jam selepas kemalangan!


Kedua-duanya meninggal dunia dalam perjalanan dan setibanya di Hospital gara-gara sikap bangang dan bodoh pengguna Lebuhraya PLUS tersebut yang boleh kiranya saya sifatkan sebagai punca kematian dua beradik ini atau bahasa kasarnya, PEMBUNUH!

Menurut saksi kejadian, motosikal LC150 yang dinaiki oleh dua beradik itu terlanggar belakang Proton Iswara yang rosak dan diletakkan di lorong kecemasan. 

Impak perlanggaran itu menyebabkan diorang tercampak ke lorong tengah lebuhraya. 

Lori sayur yang berada di laluan tersebut cuba mengelak dan menyebabkan lori tersebut terbalik melintang di lorong tengah dan lorong kanan. 

Pemandu lori sayur tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dalam cubaan mengelak mangsa biarpun beliau sendiri terbalik dengan lorinya. 

Pelbagai reaksi ditunjukkan oleh warga netizen berhubung kelewatan ambulans dan bomba yang tiba lewat.

Berikut reaksi seorang Doktor Pakar Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka, Dr Abdul Rahman Abdul Kadir yang turut melalui kawasan tersebut:


Kejadian ini berlaku pada 22 Mei 2016 jam 3.30 petang. Kemalangan di KM 228 lebuhraya PLUS menuju ke utara.  
Saya menyaksikan kejadian ini kerana sedang pulang ke Melaka dari Kuala Lumpur.  
Dari jalan yang bertentangan saya cuma nampak ada lori yang melintang di jalan yang menyebabkan trafik terhenti langsung!  
Ia menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh berpuluh-puluh kilometer. Mujur saya berada di jalan yang bertentangan. 
Ambulans telah dikerah dari Hospital terdekat yang kebetulan adalah Hospital Tampin. 
Video dari dalam ambulans yang terhalang di laluan kecemasan 
Anda saksikanlah sendiri perangai musibat rakyat Malaysia yang menyalahgunakan laluan kecemasan.  
Ambulans yang sepatutnya tiba dalam masa 20 minit mengambil masa 1 jam untuk sampai ke lokasi kemalangan dek perangai pentingkan diri pemandu-pemandu tak berhati perut.  
Bayangkan jika yang menjadi mangsa kemalangan adalah orang yang anda sayang, apakah anda suka pasukan penyelamat dilengahkan sedemikian?!  
Dan apabila kami tiba lewat, macai-macai akan menyalahkan petugas kesihatan.  
Virul-mevirul akan muncul sambil memaki hamun pasukan penyelamat dan ambulans.  
Malah terdapat kes, kakitangan kami dipukul orang ramai kerana tiba lewat ke lokasi.  
Sedangkan tayar ambulans sudah mula bergolek kurang dari 5 minit selepas panggilan telefon mula dijawab oleh operator.  
Ambulans kami tiba lewat dan mendapati mangsa-mangsa telah dibawa ke hospital terdekat oleh ambulans swasta yang kebetulan lalu di kawasan tersebut.   
Anda bertanya kepada kami kenapa ambulans kami tiba lambat ???  
Jawapannya adalah kerana perangai musibat rakyat Malaysia. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??