Thursday 30 June 2016

SKANDAL RASUAH LIM GUAN ENG DAN LI KHOON: 2 PERTUDUHAN, 10 PEGUAM !!!


Mungkin ada yang terlepas maklumat berkaitan kes rasuah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang melibatkan rakan serasuah Phang Li Khoon.

Berikut 14 fakta berkaitan skandal rasuah mereka:



1: Guan Eng dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM (Akta 694) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 24 Akta yang sama dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).

2: Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa telah menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri Kerajaan Negeri Pulau Pinang menerima suapan bagi dirinya dan isterinya dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Am di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada Magnificent Emblem Sdn. Bhd. semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang.

3: Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut di Tingkat 28, Bilik Gerakan Bangunan Komtar, Georgetown, Pulau Pinang pada 18 Julai 2014.

4: Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa telah menerima suatu barang berharga dengan suatu balasan lot tanah dan sebuah rumah beralamat No 25, Jalan Pinhorn, Georgetown Pulau Pinang daripada Phang Li Khoon dengan RM2.8 juta yang mana nilai semasa hartanah tersebut adalah sebanyak RM4.27 juta, sedangkan beliau mengetahui mempunyai hubungan kerja-kerja rasmi bersama Li Khoon.

5: Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah tersebut pada 28 Julai 2015.

6: Li Khoon pula didakwa dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 109 Kanun Ke­seksaan (Akta 574) dibaca bersama Seksyen 165 Kanun yang sama, kerana dipercayai bersubahat dalam kedua-dua pertuduhan yang dihadapi oleh Guan Eng.

7: Guan Eng dan Li Khoon mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan tersebut serta memohon untuk dibicarakan.

8: Guan Eng diwakili oleh tujuh peguam diketuai oleh Gobind Singh Deo sementara itu Li Koon pula diwakili tiga peguam yang diketuai oleh Dato' K. Kumaraendran.

9: Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi 3 Pulau Pinang, Dato' Azmi Ariffin membenarkan ikat jamin berjumlah RM1,000,000 (RM1 juta) dengan seorang penjamin terhadap Guan Eng sementara Li Koon diberi ikat jamin berjumlah RM200,000 dengan seorang penjamin tanpa syarat lain.

10: Mahkamah juga menetapkan agar Guan Eng tidak perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah namun perlu memaklumkan kepada mahkamah dan pejabat Peguam Negara dalam tempoh dua hari sebelum, sekiranya ingin ke luar negara.

11: Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut Seksyen 23 ASPRM 2009, manakala hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan 165 Kanun Keseksaan.

12: Sebelum itu, pertuduhan tersebut dibaca di hadapan Hakim Roslan Hamid di Mahkamah Sesyen Jenayah 1, Pulau Pinang dan mahkamah berkenaan membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

13: Pasukan Pendakwaan diketuai oleh Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bersama enam Timbalan Pendakwaraya.

14: Azmi menetapkan tarikh 22 September 2016 untuk pengurusan kes di hadapan beliau. Pengurusan kes dilakukan kerana terdapat kekeliruan tarikh dalam kertas pendakwaan terhadap Li Khoon.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??