Saturday 2 July 2016

#LGERasuah: PADAN MUKA KATA KHIR TOYO KEPADA GUAN ENG !!! #LGExit


Selain Datuk Huan, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, nampaknya Dr Mohamad Khir Toyo juga turut meluahkan perkataan yang sama kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.. iaitu PADAN MUKA!



Yang berbeza adalah, kenyataan Datuk Huan hanya ada 2 perkataan itu sahaja didalam kenyataan medianya, manakala kenyataan Dr Mohamad Khir agak panjang kerana beliau mengulas berkaitan kes beliau yang sama sekali tidak ada persamaan dengan kes rasuah Lim Guan Eng.

Ikuti kenyataan penuh Dr Mohamad Khir: Poetic Justice Buat DAP

1. Sungguhpun saya tidak mengulas apa-apa mengenai kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B. Lim Guan Eng, saya tidak boleh menghalang pelbagai pihak membuat perbandingan dan kenyataan.

2. Namun apabila En Lim Guan Eng sendiri membuat kenyataan membandingkan kes beliau dengan kes saya, maka saya berasakan perlu membetulkan kenyataan beliau.

3. LGE membuat kenyataan, “Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang tidak rugi RM 5 juta, malah memperoleh keuntungan kecil sebanyak RM 300 ribu daripada harga asal RM 2.5 juta. Tidak seperti kes Khir Toyo, Cik Phang bukanlah pemaju perumahan yang harus bergantung kepada kerajaan negeri untuk meneruskan perniagaannya.”

4.  Jawapan saya, "tidak seperti beliau membeli rumah yang lengkap dan sedia diduduki,  LGE meninggalkan fakta bahawa saya membeli sebuah rumah separuh siap tanpa CF dengan harga RM 3.5 juta."

5. Harga ini mengikut penilaian penilai hartanah yang berwibawa dan bank antarabangsa.

6. Harga asal RM 6.5 juta merupakan sebuah rumah lengkap sekali dengan perabot (fully furnished). Ia sudah merupakan dua entiti yang berbeza.

7. Saya suka mengingatkan LGE keputusan Mahkamah ke atas saya langsung tidak mengambil kira hakikat penjual rumah saya tidak mendapat apa-apa keistimewaan dari Kerajaan Negeri Selangor pimpinan saya.

8. Malah permohonan syarikat Shamsudin yang disokong oleh saya juga ditolak oleh PNSB.

9. Saya bersalah kerana dalam pertuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan bukanlah kerana mengambil rasuah, tetapi kerana menyalahguna kedudukan sebagai penjawat awam untuk mendapatkan sesuatu barangan berharga dengan balasan tidak mencukupi (lebih murah dari nilai sebenar) dari seseorang yang mempunyai urusan rasmi dengan saya.

10. Dalam kes saya, Mahkamah mendapati saya bersalah kerana saksi Pendakwa, Shamsuddin Haryoni, memberitahu Mahkamah beliau tidak setuju dengan harga RM 3.5 juta tetapi terpaksa menjualnya kerana bimbang perniagaan beliau di Selangor terjejas.

11. Justeru, saya nasihatkan Lim Guan Eng berhenti membandingkan kes beliau dengan kes saya. 

12. Malah kes saya tidak sama dengan beliau kerana beliau turut didakwa di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang tentunya membabitkan kesalahan lebih serius.

13. Ketika saya dihukum penjara, DAP menganggap ia satu kemenangan besar mereka. Justeru, sungguhpun saya bersimpati dengan nasib Lim Guan Eng, saya fikir kenyataan paling tepat untuk DAP ialah seperti yang diungkapkan oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan, - “Padan Muka”.

14. Bagi saya pendakwaan ini adalah "Poetic Justice"!

- Dr Mohamad Khir Toyo (2 Julai 2016)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??