Thursday 10 November 2016

SOROK MINYAK MASAK BOLEH KENA DENDA RM1 JUTA !!!


Dalam seminggu ini, agak kecoh pasal orang sana sini complaint pasal minyak masak sawit tidak ada dalam pasaran.



Kalau ikut aduan di media sosial ini, habislah semua tempat kehabisan stok.

Tapi yang kelakar aduan sekadar di media sosial sahajalah, bukan diadu kepada pihak KPDNKK.

Macam ni sahajalah, jika ada disyaki mana-mana peniaga sorok minyak masak atau sengaja tidak mahu jual minyak masak terutama minyak masak bersubsidi dalam paket tu, buatlah aduan rasmi di KPDNKK.

Masing-masing ada handphone canggih manggih untuk mengadu di Facebook kan, tetapi sayang tak mahu digunakan untuk perkara berfaedah yang boleh selesaikan masalah korang.

Downloadlah aplikasi Ez ADU KPDNKK (BACA SINI).

Kalau tak daya juga, sila guna cara tradisional seperti pergi ke pejabat KPDNKK untuk buat aduan ataupun telefon mereka di talian 1-800-886-800.

Haaa.. macam-macam cara boleh buat aduan. 

Peniaga-peniaga musibat ni kalau buat hal, mereka boleh didenda maksimum RM1 juta kalau kantoi.

Tak percaya? Tengok video ni: KLIK SINI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yang Mana Pilihan Kalbu??